Home Isu Semasa Alhamdulillah Nad Zainal dan Ungku Ismail selamat bernikah pada 23 Januari 2023

Alhamdulillah Nad Zainal dan Ungku Ismail selamat bernikah pada 23 Januari 2023

282
0

Jika tak kenal, maka tak cinta. Beberapa bulan yang lalu, tular mengenai kemesraan kedua orang pelakon iaitu Nad Zainal dan Ungku Ismail. Lebih-lebih lagi semasa Nad Zainal tengah berjuang menahan kesakitannya baru-baru ini, Ungku Ismail yang memberi lebih banyak info dan ‘update’ mengenai Nad.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik iaitu nad.zainal menunjukkan Nad Zainal yang telah memuat naik sebuah klip video beliau yang sedang berpegang tangan dengan seorang lelaki di sebuah masjid. Klip video tersebut menunjukkan pakaian kedua-dua orang tersebut berwarna serba putih seperti hari akad nikah dan ‘caption’ yang diletakkan oleh Nad Zainal iaitu 23 Januari 2023. Manakala Ungku Ismail juga telah memuat naik klip video yang sama di laman Instagramnya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada kedua-dua orang artis tersebut. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka sangay tersekut dan mengharapkan ini bukanlah drama. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka telah mimpi mengenai Nad Zainal dan Ungku Ismail berkahwin pada malam tadi, dan selepas bangun daripada tidur, mereka terkejut melihat Nad memuat naik klip video ini.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 1.0M tontonan, 50K sukaan dan 2K komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

Lihat apa kata orang ramai:

@Suehada Sudan: Alhamdulillah.. tahniah moga kekal till jannah

@kENaNgaN sEMaLaM_82: Alhamdulillah tahniah

@BR丶TEDY: Alhamdullilahhh…ya allah

@アリシャ: OMG NI BUKAN DRAMA KAN???!!!

@Snurhidayah: Alhamdulillahh tahniahh.. patut laa semalam saya mimpi nanad kawin dengn ungku ismail pagi2 ni buka tup2 keluar macam ni

@sweet lyenda: tahniah nad dan suami semiga bahagia hingga jannah aminnn

@lady Morgana: alhamdulillah. moga bahagia hingga ke Jannah. semoga nad terus istiqamah.

Sumber: Tiktok

Previous article“Kwsn Kes Samun Tu” – Kejadian Aneh di Jln Bundasan Kota Marudu Jam 3 Pagi
Next article“Dekat Public Pun Boleh Naik Tangan Ye” IPD Gua Musang Cari Lelaki Baran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here