Home Viral “Alamak Mesti Isteri Aku Terasa Ni Buat Babak Ni, Saya Memang Rasa...

“Alamak Mesti Isteri Aku Terasa Ni Buat Babak Ni, Saya Memang Rasa Bersalah…” – Shukri Yahya

431
0

Baru-baru ini, pelakon Shukri Yahaya dikritik keras oleh komuniti online ketika klip video yang menunjukkan adegan yang bersifat ‘soft porn’ yang dibintanginya bersama pelakon Alya Iman tersebar melalui drama terbaru mereka yang bertajuk ‘Layang-Layang Perkahwinan.’

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya mengaku merasa bersalah terhadap isterinya, Tya Adnan, setelah menjalani adegan tersebut di lokasi penggambaran.

“Nak kata isteri saya okay itu tidaklah dan selepas saya buat adegan itu saya sendiri macam ‘Alamak, mesti isteri aku akan terasa ni buat babak ini’. Saya memang rasa bersalah…” – Shukri Yahya

“Cuma lepas saya lakonkan babak itu saya ada cakap pada dia, ‘Sayang hari itu saya ada buat satu babak yang saya rasa bila ditayangkan nanti akan jadi buah mulut orang’…” – Katanya

“Saya memang dah maklumkan pada dia awal-awal lagipun itu adalah hari pertama bagi saya untuk mulakan penggambaran…” – Katanya lagi

“Tapi Alhamdulillah saya dan isteri okay sahaja cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk menjaga sensitiviti orang ramai dan isteri saya…” – Tambahnya

Pada masa yang sama, pelakon berusia 36 tahun itu mendedahkan bahawa terdapat beberapa netizen yang menghantar klip adegan tersebut kepada Tya melalui mesej langsung (DM) media sosial dan sebagainya. Walau bagaimanapun, isterinya memilih untuk tidak menonton adegan tersebut.

“Ada juga segelintir netizen yang cuba menjadi batu api dengan ‘forward’ video kepada isteri saya tetapi dia memilih untuk positif dan memahami kerjaya saya…” – Jelasnya

“Isteri saya ini lebih memilih untuk tidak menonton lakonan saya di kaca televisyen…” – Jelasnya lagi

Shukri menyampaikan pernyataan tersebut semasa sesi media untuk drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’ yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Apabila ditanya mengenai cara menjaga keharmonian rumah tangga, pelakon dari drama ‘Andainya Takdir’ itu menerangkan bahawa dia sentiasa berkomunikasi dan berterus terang dengan isterinya untuk menghindari sebarang masalah yang berkaitan dengan kehidupan keluarga.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleArtis Veteren Berbakat Besar, Gandingan Fauziah Nawi Dan Jalaludin Hasan Nyanyi Lagu Tunggu Sekejap
Next article“Orang Memang Sudah Benci Saya Pun, Saya Percaya Saya Sudah Berjaya Bawa Watak Tu…” – Alya Iman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here