Home Viral “Orang Memang Sudah Benci Saya Pun, Saya Percaya Saya Sudah Berjaya Bawa...

“Orang Memang Sudah Benci Saya Pun, Saya Percaya Saya Sudah Berjaya Bawa Watak Tu…” – Alya Iman

337
0

Pelakon yang tengah meraih populariti, iaitu Alya Iman, mengakui dia akan tetap bersikap terbuka meskipun ada individu yang memilih untuk membencinya, termasuk meninggalkan komen yang mengkritik kerjaya seninya.

Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menyatakan bahawa pengalaman-pengalamannya menghadapi pelbagai kisah duka dalam kehidupan telah membentuk keteguhan dirinya untuk menghadapi cabaran dalam dunia hiburan, termasuk kritikan daripada segelintir individu.

“Orang memang sudah benci saya pun. Jadi saya tak kisah apa yang orang nak cakap perkara buruk pasal saya. Siapa yang kenal saya, dia tahu siapa saya…” – Alya Iman

“Walaupun usia saya baru 23 tahun, saya sudah melalui banyak pengalaman menyedihkan yang membentuk saya untuk menjadi seorang yang tabah serta kalis kecaman…” – Katanya

“Kehilangan ibu dan ayah, membesar dalam keluarga yang berantakan dan bekerja pada usia muda demi untuk menjaga arwah ayah membuatkan hati dan jiwa saya kental berdepan apa juga cabaran dalam hidup…” – Katanya lagi

“Justeru bila ada kecaman daripada netizen, ia langsung tidak memberi kesan kepada saya. Saya tahu saya boleh hadapi semua itu dan sudah bersedia dengan apa juga cabaran yang bakal mendatang…” – Tambahnya

Pelakon tersebut turut mengakui bahawa ada kalanya dirinya turut mengalirkan air mata tatkala berdepan dengan sesetengah pihak yang gemar menghukum dirinya tanpa sebarang asal usul periksa.

“Pernah juga saya duduk menangis tapi tak adalah sampai tahap meratap nasib diri dan bertanya mengapa saya perlu melalui ujian sebegitu…” – Tambahnya

“Saya anggap dugaan yang saya lalui itu sebagai lumrah yang perlu dihadapi setiap insan…” – Tambahnya lagi

Sebelum ini, Alya menghadapi kritikan yang tajam daripada beberapa netizen selepas babak yang didakwa berunsur separuh lucah yang dilakonkannya bersama Shukri Yahaya menjadi viral.

Apabila ditanya tentang kontroversi tersebut, Alya mengakui rasa kebimbangan ketika mengetahui bahawa dia perlu membawakan watak tersebut.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Youtube

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Alamak Mesti Isteri Aku Terasa Ni Buat Babak Ni, Saya Memang Rasa Bersalah…” – Shukri Yahya
Next article“Dekat Jakarta Memang Takda Nikotin, Dia Rasa Guava…” – Puteri Sarah Balas isu Hisap Vap*

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here