Home Dunia “Aku Tak Tahu Panggilan Tu ‘Live’…” -Sekali Ini Respon Penerbit Eksekutif Siaran

“Aku Tak Tahu Panggilan Tu ‘Live’…” -Sekali Ini Respon Penerbit Eksekutif Siaran

396
0

Baru-baru ini tular isu mengenai Dato’ Hattan yang mana beliau telah sekolahkan seorang wartawan ketika siaran langsung di televisyen. Beliau juga telah dikecam oleh netizen kerana bersikap kurang adab serta tidak hormat apabila ditemuramah.

Astro Awani telah mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan Dato’ Hattan tidak memberikan penerangan ringkas atau briefing sebelum menemuramah beliau dalam secara langsung yang menjadi bualan netizen sejak semenjak ini.

Penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit iaitu Ibrahim juga mengatakan mereka mempunyai bukti di mana briefing sudah diberitahu sebelum mulanya siaran langsung daripada pihak Awani.

Ibrahim juga menulis satu kapsyen di aplikasi Twitter seperti dibawah:

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live)”

“Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung”

Baca lagi: Dato’ Hattan ‘Sekolahkan’ Wartawan Ketika Siaran Langsung

Baca lagi: “Dato’ Hattan Macam Tak Puas Hati Je tuu..” – Francissca Peter Buat Persembahan Di Pentas Terpaling Juara

Di mana baru-baru ini rakan kepada penyanyi terkenal itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah bertanya kepada Dato’ Hattan mengenai temuramah ketika siaran langsung tersebut, malah kata Dato’ Hattan tidak diberitahu oleh pihak mereka untuk membuat panggilan secara langsung.

Rata-rata netizen juga mendesak penyanyi tersebut untuk membuat permohonan maaf kepada pihak mereka secara terbuka termasuk daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Tidak kurang dengan itu, ada sebilangan pihak yang menggesa agar penyanyi itu digam daripada membuat sebarang kemunculan di mana-mana stesen televisyen disebabkan keterlanjuran kata dan tindakannya.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Kosmo

Previous articleTak Sampai 2 Bulan Berniaga, Bisnes Shuhada Jual Biskut Shelup-Shelup Bungkus
Next article“Pening Kepala MB, Pagi-Pagi Nak Kena Check” -Netizen Puji Menteri Besar Johor Datang Imigresen Secara Mengejut
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here