Seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Kaman mengalami satu detik cemas yang mendebarkan apabila mendapati ada darah menitik keluar dari bahagian keretanya. Susulan itu, terbongkar rupa-rupanya ada ular sepanjang 3.6 meter memasuki enjin kereta tanpa pengetahuannya selama ini.
Jelas gadis ini, ketika pulang dari kerja beliau mengambil keputusan untuk berhenti bagi mengisi angin tayar keretanya. Namun dia terkejut apabila terdapat darah yang menitik di bahagian depan keretanya.
Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dia berasa cemas kerana di bahagian depan sama sekali tiada kesan dilanggar. Bagaimanapun beliau ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya menunggu bantuan sampai bagi mengenal pasti dara yang menitik di tempat tersebut.
Adila Kaman juga mengatakan:
“Selepas disuluh, they saw a snake’s head. Suspek ular sawa, sebesar lengan lelaki dewasa”
Baca lagi: “Adeh Mcm Tu Je Dia Pegang Ular Tu”-Pegang Ular Mcm Pegang Mainan
Baca lagi: “Ingatkan Tetamu Ketuk Pintu” -Lelaki Ini Terkejut Lihat Ular Tedung Selar ‘Berdiri’ Dihdpn Pintu Rumah
Bila disiasat rupa-rupanya darah yang menitik tersebut angkara seekor ular yang ‘tersepit’ di bahagian enjin keretanya. Ujar gadis ini lagi, dia dibantu oleh rakan-rakan sekerjanya digelar sebagai Minions.
Bahkan, jika dilihat menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat saiz ular yang besar itu. Tidak berakhir di situ, proses mengeluarkan ular tersebut juga agak rumit dan rakan-rakan beliau perlu membuka bateri keretanya bagi mengeluarkan ular tersebut.
Bagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakannya itu, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan.
Gadis tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang sanggup membantunya daripada mula hingga akhir sehinggakan mereka tidak sempat lagi untuk makan.
Apa-apa pun jika berlaku situasi ini jangan mengambil langkah mudah, dan minta bantuan kepada pihak sepatutnya.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA