Polis menahan dua pelajar berhubung video tular di mana pelajar sekolah menengah meluahkan rasa kecewa dengan soalan dalam kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sejarah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua pelajar berusia 18 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang guru wanita.
“Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang guru mengenai rakaman tular yang menunjukkan pelajar melemparkan kata-kata penghinaan kerana didakwa kecewa dengan soalan dalam kertas sejarah.
Kemudian, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menyerbu sebuah rumah di sekitar Hulu Selangor dan menahan dua suspek dipercayai pelajar dalam rakaman itu.
Baca juga : Sedih ! Pelajar Ni Ikat Perut Makan Nasik Lauk “Kerak Ayam” Je, Buat Warganet Sebak
Baca juga :“”Perangai Macam Puaka!.. “-Rakaman Pelajar Merosakkan Harta Benda Sekolah
Katanya, polis merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek.Ujian saringan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Susulan video itu, pelajat tersebut telah tampil di sebuah video yang lain, dengan memberikan penjelasan dan meminta maaf kepada pihak yang berkenan.
Sumber : Tiktok