Home Semasa “Member Rasa Berdebau Thn Kereta Macam Tknk Berhenti”- Tindakan Cpt Abang Lori...

“Member Rasa Berdebau Thn Kereta Macam Tknk Berhenti”- Tindakan Cpt Abang Lori Selamatkan Nyawa

210
0

Memandu pada waktu malam memerlukan pemandu untuk lebih peka dengan keadaan jalan raya terutama sekali bagi jalan-jalan raya yang sempit seperti di kampung-kampung.

Baru sahaja tular di tiktok @piaaa_5332 di mana sebuah rakaman dashcam merakam situasi yang agak mendebarkan di mana pemilik rakaman yang juga seorang pemandu lori turun daripada lorinya apabila ternampak satu kemalangan kecil yang mana sebuah motor jatuh betul-betul di tengah jalan. Tindakan pemandu lori tersebut yang cepat dalam menahan kereta yang melulu jauh telah mendapat pujian daripada netizen.

Member Rasa Berdebau Tahan Kereta Macam Taknak Berhenti”

Menerusi klip rakaman dashcam tersebut dapat dilihat kereta yang datang dari arah bertentangan seakan melulu laju ditambah pula dengan keadaan jalan raya yang sangat gelap pastinya menyukarkan pemandu untuk melihat motor yang terjatuh tersebut. Mujur abang lori sempat menahan kereta tersebut dan tindakan dia telah menyelamatkan nyawa penunggang motosikal tersebut. Dapat dilihat pada akhir rakaman, terdapat beberapa orang yang turun untuk membantu penunggang motosikal terbabit.

Lihat video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@Nyottt : Haritu begini jugak laki Aku dekt highway. Budak tu jatuh sbb terlangar tayar lori tcabut , nsib dia dh ktepi dulu klau tk dh lenyek kene 3lori konvoi

@Epul_Cargo : fuhh sikit lg tu nk kena…terbaik chu..

@waki84 : Tapi skrng orng tkt nak bhti.. byk sgt perompak skrng

@Fakha Jer ” jln kmpg sy NIH…pape pon terbaik abg pilot Kita

@hasnansenan8 : tu lh pntingnya sportlight…dpt mlihat ssuatu dri jauh

@Hamid Mid : susah bila xda sportlight, kita bgi highbeam emergency untuk kreta dri depan pun drng x perasan

@Din Yatie : mantaapp bang …klau sy pon xtau lah nk bnti klau sorang takot….

Baca juga : “Alhamdulillah Nasib Baik Baby Selamat”- Remuk Habis Kereta Akibat Kemalangan

Baca juga : Kereta Honda HR-V Langgar Palang, Di Plaza Tol Semenyih

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articlePentingnya Jaga Jarak Semasa Memandu, Kabel Jalan Diseret Lori
Next article“Penyanyi Bonnie Rait Menang Grammy Award Di Usia 73 Tahun”- Ramai Yang Teruja Dan Terkejut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here