Home Semasa “Alhamdulillah Nasib Baik Baby Selamat”- Remuk Habis Kereta Akibat Kemalangan

“Alhamdulillah Nasib Baik Baby Selamat”- Remuk Habis Kereta Akibat Kemalangan

214
0

Kemalangan yang tidak dijangka seringkali berlaku di jallan raya. Walaupun kita telah cuba sehabis baik dalam menjadi pemandu yang berhemah, namun kemalangan yang berpunca dari pemandu lainm tidak dapat dielakkan. Begitulah lumrah kehidupan yang harus ditempuhi.

Baru sahaja di tiktok tular @_snowyyy tular sebuah rakaman dashcam di mana pemilik rakaman tersebut telah melalui satu kemalangan di atas jalan raya yang berpunca dari kereta di belakang. Berdasarkan komen di tiktok katanya , pemandu di belakang memandu terlalu laju sehinggakan berlakunya perlanggaran yang agak kuat.

“aaaa nampak kereta belakang tu melulu lajuuu, seramnya. alhamdulillah syukur akak, baby dan suami selamatt”

Menerusi klip rakaman tersebut, dapat dilihat sepasang suami isteri di mana dalam rakaman tersebut jelas kelihatan bahawa isterinya itu sedang mengandung. Semasa hentakan itu berlaku, si suami sedaya upaya menahan perut isterinya itu. Rata-rata komen menyatakan kelegaan apabila melihat isteri tersebut memakai tali pinggang keselamatan.

“Nasib baik pakai seatbelt , kalau tak terpelanting juga tu”

“Nasib baik pakai seatbelt”

“Respect dkat husband dia.. terus pegang perut wife..Semoga Semua baik2 saja .. Aamiin”

Lihat video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@𝙰𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊 : kl kt highway orang depan benti memang aku awal awal bagi double signal suh belakang alert , takut jadi gini. Dulu pernah kena taknak kena lagi

@FANT YOU : kuat gila lah impact dia hantam..xleh ku bayangkan kalau lori xtau nak ckp ape

@Aina Shaw_ : Ayh sy selalu pesan..nmpk kete dpn dh stop, kite dri jauh dh kene start main break sikit2..bg org blkng alert lmpu break kita utk dia slow jugak

@Eh bibi yayang lah : nasib Allah jga ke tiga² bang itu pentingnya pakai tali pinggang,,semoga mnjadi asbab kebaikan

@ida_idayu91 : syukur.. wife n baby awak selamat.. Allahuakbar jauh kan lah keluarga kecil ni.. dari ditimpa segala y tak diingini berlaku ya allah.. aminnn

Rata-rata komen meluahkan rasa syukur apabila mengetahui bahawa bayi di dalam kandungan itu selamat. Jika dilihat dalam rakaman dashcam tersebut, sepertinya hentakan tersebut terlalu kuat. Semoga keluarga tersebut berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Baca juga : “Amboi Sampai Tak Kenal Mak Sendiri Dah..” – Baby Manja Dengan Pengasuh Sampai Tak Mahu Ibu Sendiri

Baca juga : “Alhamdulillah Member Selamat,Hampir Dinodai Wanita Jadian”- Cust Scam Jantina

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Allahuakbar Kejam..” – Puteri Sarah Tegur Poligami Tapi Tak Tanggungjawab
Next article“Boleh Pulak Dia Tak Perasan Ular Situ”- Reaksi Lelaki Hiburkan Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here