Home Kehidupan Pentingnya Jaga Jarak Semasa Memandu, Kabel Jalan Diseret Lori

Pentingnya Jaga Jarak Semasa Memandu, Kabel Jalan Diseret Lori

213
0

Di jalan raya terdapat banyak kabel dikiri dan kanan jalan. Sepatutnya kabel harus dipasang tinggi dari jalan raya supaya dapat mengelakkan daripada terjadinya kejadian yang tidak diingini.

Dua hari yang lepas tular sebuah rakaman di tiktok @lucascharls di mana rakaman dashcam kereta tersebut merakam aksi kabel ditarik sehingga jatuh oleh lori di hadapan pemilik rakaman tersebut. Kereta tersebut bernasib baik kerana mengekalkan jarak yang selamat pada ketika itu. Kabel yang jatuh tersebut telah menghalang laluan jalan tersebut dan dilihat pemilik rakaman tersebut mengambil langkah untuk tidak meneruskan perjalanan dan berpatah balik. Dapat dilihat juga kereta yang datang dari arah bertentangan juga turut melakukan perkara yang sama.

“Kejadian balik dari mengopi di Kopi Tenggek Tanjung Piai, Pontian, Johor nak menghala ke jambatan baru. Thanks God nothing bad happen. That’s why pentingnya jaga jarak pemanduan especially ada kenderaan berat d hadapan.”

Dikatakan kejadian berlaku di sekitar Pontian, Johor. Dapat dilihat juga kabel yang dipasang amat rendah dan sangat berisiko untuk diheret oleh lori yang besar.

Lihat rakaman dashcam di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa kata warganet :

@Adk Syafiq Asari : are u ok bro

@fredcrumbz : Bhya mat nyk tuan..thnks god nn nda laju

@Zz90 : Bukan salah lori

@muhamadshukor253 : rndahnya kble..

@Notifications. : Itu cable TM memang selalu rendah sangat pasang

Baca juga : “Dicuri Atau Dikhianat?” -Cable Kereta Api Dipotong Dgn Parang

Baca juga : Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham-Kemalangan maut melibatkan lori dan kereta –

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Mummy Mengalu-Alukan Netizen Memaki Hamun Mummy..” – Mas Idayu
Next article“Member Rasa Berdebau Thn Kereta Macam Tknk Berhenti”- Tindakan Cpt Abang Lori Selamatkan Nyawa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here