Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh Janna Nick baru baru ini mendapat perhatian para netizen apabila beliau berkongsikan satu sedutan yang di’censored’ untuk menarik perhatian penonton untuk menonton di sebuah aplikasi. Drama tersebut ditayangkan di aplikasi tersebut dan ini merupakan salah satu pemasaran yang begitu kotor untuk membuatkan para penonton tertanya tanya akan adegan tersebut. Namun apa yang membimbangkan adalah walaupun di’censored’ lakonan yang dilakonkan oleh Norreen itu, para netizen mula mengesyaki bahawa itu merupakan aksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh umat islam.
Mengikut sumber , drama tersebut ingin dijadikan setraf dengan drama Hollywood yang tidak mempunyai apa apaa pematuhan shariah dan hal ini masih belum dijelaskan oleh pengarah itu sendiri. Namun aksi tersebut tidak sesuai dipertonton di khalayak ramai walaupun adegan tersebut dikatakan ‘cut scene’ oleh beliau. Kelakuan Norreen sedikit sebanyak membuatkan beliau dihentam hebat apabila beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai anak dan ini membuatkan imej keluarga beliau tercemar walaupun beliau hanya berlakon sahaja.
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
“klau kiss sbnar kan xdelah bunyi mcam tu skli kan”
“Ouhhh..klau yg macam pelakon terkenal korng kecam..yg si noreen ni korg taknak kecam pulak..ni la manusia..kecam pada yg famous sje..yg tak berapa nak famous korang.. comment yg funny ² je”
“Cerita apa baby ya Allah tak malu ke”
“Tahniah Janna hari ni x berasap dapur dok ulang tengok yg scene kena cium jer”
“Industri perfileman kita dah capai tahap hollywood”
Drama bersiri ‘London With Love’ ini mendapat keritikan yang hebat walaupun adegan mereka terasa lucu dan tidak kering gusi. Namun pematuhan shariah tidak dijalankan dengan betul. Apa apa pun hanya mampu doa yang baik baik semoga tiada pertelingkahan berlaku dan dapat menyelsaikan isu tersebut dengan baik dan jelas kepada semua.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Instagram