Penyanyi dangdut, Mas Idayu bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihannya juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa yang mula dikenalinya 15 tahun lalu. Kedua pasangan tersebut dijangka mendirikan rumahtangga sekitar September tahun ini.
“Sebenarnya memang sudah macam kawan, tapi tak sangka pusing-pusing Allah merancang dia untuk saya. Penyanyi itu sudah mengenali dengan penerbit eksekutif berkenaan sejak tahun 2008, namun dia mengakui hubungan mereka hanya serius bermula beberapa bulan yang lalu.
Menurut Mas Idayu lagi, Sufian sudah pun datang berjumpa dengan kakak sulungnya.
“Tiada istilah dia melamar syaa, masing-masing faham isi hati, dia beritahu nak jumpa keluarga saya.”, katanya.
Dalam pada itu, ibu seorang anak ini turut memaklumkan bahawa persiapan perkahwinannya sudah pun mula dilakukan.
“Sudah 30 peratus siap, tempat ada beberapa pilihan tunggu nak pilih saja”, katanya lagi.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Mas Idayu dikatakan bakal bermadu dan menjadi isteri kedua. Tidak dapat dipastikan dari mana spekulasi berkenaan, namun Mas Idayu dan Sufian masih lagi belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Menurut perkhabaran dari sebuah blog hiburan tanah air, Sufian pernah berkahwin sebelum ini namun telah bercerai dan kini berstatus duda.
Apapun, sama-samalah kita berharap perkara ini hanya sekadar g0sip l1ar dan mendoakan kebahagiaan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.
Sumber :Youtube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press
Sumber :www.viralmy.me