Kalau masih bujang, kita mesti akan ditanya dengan soalan ‘bila nak kahwin?’ ini. Apabila kita mempunyai hubungan rapat dengan seseorang, kita juga akan diu.sik supaya berjodohan dengan orang itu.
Itulah yang terjadi kepada Zizan Razak apabila dia memuat naik gambar bersama Daiyan Trisha.
Zizan memuat naik gambar itu kerana dia digandingkan bersama Daiyan dalam sebuah filem terbaru. Mereka kelihatan begitu serasi bersama.
View this post on Instagram
Baru-baru ini Zizan mengatakan dia masih tidak mahu ber.fikir soal j.o.d.o.h kerana mahu fokus dengan kerjayanya. Namun, siapa sahaja yang tidak mahu berumahtangga.
Tetapi jodoh Zizan masih belum sampai sehingga kini walaupun sudah beberapa kali bercinta. InsyaAllah, pasti ada hikmah yang baik buat Zizan.
Namun, foto tersebut telah membuatkan ramai rakan artis dan peminat bersetuju dengan ‘hubungan’ mereka padahal mereka hanya rakan sekerja sahaja. Tetapi kalau ada jodoh, apa salahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat nampaknya sempat bergurau dan mengusik Zizan. Namun Zizan sentiasa mengambil positif dan membalas komen dengan gurauannya yang tersendiri.
Sumber: CARI