Pelakon, Puteri Aishah berkongsi detik perkenalan bersama suaminya, Muhammad Firdaus yang membawa kepada ikatan perkahwinan pada Ahad lalu.
Menurut Puteri, suaminya merupakan seorang yang sangat pemalu selain tidak pernah bercinta sebelum ini.
“Kami diperkenalkan menerusi kawan baik saya namun hubungan kami pada ketika itu hanyalah sekadar kawan sahaja.
“Daus ini dia seorang yang pemalu dan dia juga tak pernah bercinta sebelum ini. Jadi bila dah berjumpa kami tidak terus menghubungi satu sama lain sebab dia sangat malu.
“Kemudian kami hanya bertukar-tukar akaun Instagram masing-masing. Selepas itu barulah berhubung menerusi Direct Massage (DM), keluar dan mula mengenali antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bercerita mengenai perjalanan cintanya, Puteri menyatakan dia sememangnya lebih selesa memilih untuk tidak berkongsi kisah mereka kepada umum.
“Sebenarnya saya daripada dulu lagi tidak berapa gemar berkongsi tentang kisah cinta saya kepada umum. Kalau ada yang saya kongsi itu (di Instagram) maksudnya itu bukan teman lelaki saya.
View this post on Instagram
“Saya dah biasa dan lebih selesa begitu. Alhamdulillah kami berdua kini sudah bergelar suami isteri,” ujarnya.
View this post on Instagram
Puteri Aishah, 27, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Firdaus, 28, jam 11:15 Ahad dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur menyaksikan Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.
Sumber:Gempak