Home Isu Semasa “Tukang cat tak lokek ilmu” – Kngsi Kisah Rsa Bosan Brtukar Rzeki...

“Tukang cat tak lokek ilmu” – Kngsi Kisah Rsa Bosan Brtukar Rzeki Ktika PKP… Mulanya Dpat Projek Helmet

103
0

Peribahasa berkenaan sesuai sekali menggambarkan ‘tuah’ seorang tukang cat atau ‘air brush painter’ dari Terengganu ini apabila hasil karyanya ‘meletup’ di media sosial, baru-baru ini.

Siapa sangka, lukisan mural di dinding kedainya yang bertemakan rumah kayu seperti zaman dahulu menjadikan dirinya semakin dikenali sehingga ramai pelanggan termasuk dari luar Terengganu yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Menurut Mohd Rozamil Mohd Yatim atau lebih dikenali sebagai Zameer Pentbrush, mural tersebut dihasilkan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jun lalu.

“Idea itu timbul masa negara kita lockdown Jun lalu. Disebabkan kedai pun tak boleh buka, nak pergi ke mana-mana pun tak boleh jadi bosan, saya saja lukis mural dekat dinding kedai sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya ketengahkan tema rumah kayu seperti zaman dahulu sebab nak mengimbau memori masa kecil-kecil dulu… suasana di desa. Hanya baru-baru ini saya muat naik dekat TikTok. Niatnya saja-saja nak kongsi tapi tak sangka vir4l.

“Dalam masa 12 jam saja views dah mencecah sehingga sejuta tontonan,” kata lelaki berusia 36 tahun ini.

Menurutnya, mural tersebut dihasilkan dalam tempoh kira-kira seminggu sahaja sambil dibantu oleh isteri dan dua anak kecilnya.

dinding kedai

Dinding kedai milik Mohd Rozamil yang dilukis mural berkonsepkan rumah kampung.

“Untuk mural tersebut, saya hanya guna cat rumah. Cuma teknik saja menggunakan teknik lukisan. Tapi saya tak ada buat lakaran pun. Hanya tengok di Google untuk dapatkan ilham dan semuanya disimpan dalam kepala.

“Selepas siap, kedai saya jadi tumpuan penduduk tempatan. Pengantin pun buat photoshoot dekat kedai sebab mereka tak boleh ke mana-mana. Tak sangka, sebuah stesen televisyen tempatan iaitu TV9 pun datang buat liputan.

dinding anak

Keseluruhan proses melukis mural mengambil masa kira-kira seminggu sambil dibantu anak dan isteri.

“Ketika itu, ada penduduk tempatan minta saya buat mural di dinding rumah mereka juga,” ujarnya yang menetap di Kampung Raja, Chendering, Terengganu.

Bercerita lebih lanjut, Mohd Rozamil berkata dia hanya mempunyai kelulusan dalam bidang seni sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak pernah mengambil kursus dalam bidang tersebut di peringkat lebih tinggi.

“Saya ambil subjek Pendidikan Seni Visual masa SPM. Lepas tamat sekolah, saya tak ada pendidikan formal dalam bidang seni di universiti. Hanya belajar sendiri. Saya mula main conteng mural pada 2002. Ketika itu saya terlibat siapkan projek mural sekolah.

port ootd

Menjadi lokasi tumpuan penduduk setempat untuk merakamkan gambar.

“Kemudian dah lama juga tak buat mural. Bermula 2005, saya berkecimpung sebagai ‘airbrush painter’ sepenuh masa sehingga sekarang. Saya banyak mengecat motor, kereta dan topi keledar.

“Kiranya mural yang saya buat ni saja-saja sebab nak asah bakat sebab dah lama tinggal… takut terlupa. Di samping itu saja nak hilangkan kebosanan sepanjang tempoh PKP,” kata bapa kepada dua anak berusia 10 tahun dan lapan tahun ini.

Saya sebenarnya selalu buat live dekat TikTok. Masa itulah orang tanya, saya jawab.

MOHD ROZAMIL MOHD YATIM

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Mohd Rozamil meluahkan rasa bersyukur dan menganggap apa yang berlaku adalah rezeki buat keluarganya.

“Alhamdulillah ramai yang suka. Saya anggap ini rezeki keluarga. Tahun lalu ketika PKP, saya terlibat dengan projek helmet. Pihak KYT Helmet tengok rekaan saya yang bertemakan frontliner dan mereka hubungi saya untuk keluarkan 10,000 topi keledar dengan design tesebut.

dinding customer

Rumah penduduk setempat yang menggunakan khidmat Mohd Rozamil.

“PKP kali ini pula, dapat banyak tempahan selepas mural ini vir4l. Setakat ini 4 buah rumah sekitar Terengganu saya siapkan mural… semuanya nak tema sama iaitu suasana kampung.

“Selain itu dapat tempahan dari Melaka dan Selangor yang minta buat mural untuk chalet dan juga kedai. InsyaAllah saya cuba, kena ikut jadual kerja dan kelapangan masa.

helmet

Rekaan Mohd Rozamil diabadikan pada topi keledar.

“Ada juga yang DM minta saya kongsi ilmu. Saya sebenarnya selalu buat live dekat TikTok. Masa itulah orang tanya, saya jawab. Saya kongsi pasal barang-barang, skill dan apa sahaja. Tak sembunyi apa pun. Siapa yang nak datang belajar, mari saja. Tak ada hal,” katanya lagi.

Sehingga kini video mural yang dikongsi Mohd Rozamil meraih melebihi 2.2 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Sumber:mStar

Previous article“Baru jumpa buku dengan ruas.” – (Video) Gdis Knakan Smula Pnjual Aiskrim, Mnarik Prhatian Rmai.
Next article“Suami Saya Pmalu…..,” – Dia Tk Prnah Brcinta Sbelum Ini ,Puteri Aishah Brkongsi Dtik Prkenalan Brsama Suaminya.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here