Home Viral 15 Individu Memasak Di Stesen Minak Ditahan Polis, Ini Nasib Empat Daripada...

15 Individu Memasak Di Stesen Minak Ditahan Polis, Ini Nasib Empat Daripada Mereka

112
0

Terdapat banyak video parodi yang dapat kita saksikan mengenai kejadian memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting baru-baru ini. Walau bagaimanapun, pihak polis telah menahan 15 individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara tersebut selepas menerima banyak laporan polis berkaitan video berkenaan.

Individu yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita, dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Terkini, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan bahawa pertuduhan ke atas empat daripada 15 individu yang terlibat akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang.

Tertuduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 hingga 24 tahun.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain)…”

“Selebihnya, 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini. Semua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP…”

Kita serahkan kes ini kepada pihak polis dan semoga tindakan yang diambil oleh mereka menjadi pengajaran buat kita semua.

Sumber: Berita Harian

Previous articleJenazah Lelaki Serang Balai Polis Dikebumikan, Kubur Dijarakkan Sebagai Tanda Peringatan
Next article“Makin Menjadi Jadi, Bergelek Sakan..” – Persembahan Baby Shima Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here