Home Hiburan Zizi Kirana Bersyukur Tidak Pernah Terdetik Untuk Buka Tudung Kembali

Zizi Kirana Bersyukur Tidak Pernah Terdetik Untuk Buka Tudung Kembali

202
0

Zizi Kirana merupakan penyanyi yang terkenal dalam industri muzik tanah air. Banyak lagu-lagu nyanyiannya yang menjadi trending dan dikenali ramai. Antaranya lagu Eh, Terkemuka, Boleh Jalan dan banyak lagi.

Berikutan isu banyak artis yang tiba-tiba buka tudung. Zizi Kirana meluahkan rasa syukur hatinya tidak pernah terdetik untuk kembali membuka tudung semula sejak tampil berhijab dua tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Menurut Zizi, dia sentiasa mengingatkan dirinya tentang nianya bertudung serta bersyukur perjalanannya bertudung dipermudahkan.

“Setakat ini tidak pernah lagi terdetik nak buka tudung. Suami pun selalu ingatkan saya dan kami sama-sama dekatkan diri dengan agama.

“Saya sentiasa ingat niat awal saya bertudung dulu. Benar ada ketika kita lalai dan sebab itu saya selalu ingat apa yang membuatkan saya terdetik untuk berhijrah.

“Kisah dulu semua sudah berlalu tapi saya jadikan setiap perjalanan itu sebagai pengajaran. Itu juga satu proses Allah telah aturkan untuk saya menjadi Zizi Kirana seperti hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dia ingin sentiasa berusaha menjadi menusia lebih baik serta berada dalam persekitaran yang positif agar dirinya kekal istiqamah.

“Saya selalu ditanya soalan bagaimana nak kekal istiqamah dalam bertudung ketika diundang untuk beberapa program, tetapi soalan itu susah saya nak jawab.

“Cuma saya sentiasa dapatkan tunjuk ajar ustazah dan mereka kata pilih rakan-rakan yang betul. Cari orang sekeliling yang sama-sama mahu menuju jalan kebaikan tapi ingat itu bukan bermakna kita membuang kawan-kawan lama.

“Persekitaran kita memainkan peranan untuk terus kekal. Sebenarnya takut juga andai saya tidak istiqamah,” katanya

Previous article“Dia Nak Bermadu Atau Berjodoh Dengan Siapa Pun Bukan Urusan Saya Lagi..” – Yusof Haslam
Next article“Zamani Tetap Juara Di Hati Peminat..” – Ramli MS Jelaskan Punca Zamani Tersingkir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here