Home Viral “Yang Kena Censor Tu Sebab Ditangkap, Marissa Tu Kahwin Benda Baik…” –...

“Yang Kena Censor Tu Sebab Ditangkap, Marissa Tu Kahwin Benda Baik…” – Jenama Terkenal Dikecam

170
0

Niat ingin mengikuti trend semasa, sebuah jenama pakaian muslimah terkemuka, telah memuat naik sebuah video di mana wajah seorang model pakaian telah di ‘censor’. Model tersebut yang dikenali sebagai anak kepada pelakon Abby Abdi dan Norman Hakim, Marissa Dania, yang telah terlibat dalam kontroversi.

Dalam video yang berdurasi pendek tersebut, terdapat tiga orang model termasuk Marissa yang sedang mempromosikan baju kurung dari koleksi Hari Raya mereka. Namun, hanya wajah Marissa yang didakwa telah di ‘censor’. Tindakan ini telah menarik perhatian netizen yang merasa jenama tersebut tidak peka dengan situasi yang telah ditimpa oleh model tersebut.

“Tak kecil hati dia ke korang buat macam ni? Ruhainies tu kena tangkap khalwat, Marissa tu kahwin, benda baik…”

“Not nice lah buat macam ni, macam cyber bully, fikirlah sebelum buta-buta ikut trend…”

“Yang kena censor tu sebab ditangkap khalwat tau, Marissa ini kahwin walaupun sondol suami orang. Situasi berbeza…”

Sementara itu, ada segelintir netizen yang bersetuju dengan tindakan jenama tersebut untuk mengaburkan wajah model tersebut.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang..” – Fatiya Latiff
Next article“Nah Kena Kerja Keras, Banyak Yang Perlu Diselesaikan…” – Bella Astillah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here