Home Isu Semasa Warga Emas Rugi RM70,000, Disamun Lelaki Bermotosikal Depan Bank

Warga Emas Rugi RM70,000, Disamun Lelaki Bermotosikal Depan Bank

143
0

Seorang warga emas mengalami kerugian bernilai lebih RM70,000 selepas hasil jualan perniagaan runcitnya disamun.

Menerusi laporan Berita Harian, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia lewat 60-an itu telah dirompak kira-kira jam 10.45 pagi Isnin.

witwit

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mangsa ketika itu sedang menunggang motosikal ke sebuah bank bagi mendepositkan wang hasil jualannya sebelum dihampiri oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.

bankbank

Suspek terus mencapai beg plastik hitam dalam bakul motosikal mangsa yang mengandungi sejumlah wang tunai dan dua telefon bimbit.

Mangsa tidak sempat mengecam nombor pendaftaran motosikal suspek dan tampil ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan, tengah hari tadi.

Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebat.

[redirect url=’https://youtu.be/uO576ltJJrY’ sec=’3′]

Previous articleWarga Emas Rugi RM70,000, Disamun Lelaki Bermotosikal Depan Bank
Next articleSUDAHLAH BERPOLITIK. MASA UNTUK TUNAIKAN JANJI, PIKUL AMANAH – MUFTI PULAU PINANG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here