Home Viral SUDAHLAH BERPOLITIK. MASA UNTUK TUNAIKAN JANJI, PIKUL AMANAH – MUFTI PULAU PINANG

SUDAHLAH BERPOLITIK. MASA UNTUK TUNAIKAN JANJI, PIKUL AMANAH – MUFTI PULAU PINANG

146
0

POLITIK Georgetown: Sekarang bukan lagi masanya untuk berpolitik, tetapi meneruskan segala usaha pembangunan dalam memenuhi keperluan hidup dan kebajikan rakyat kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Katanya, rakyat sudah membuat pilihan, sama ada bersetuju atau tidak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu dan semua pihak mesti akur serta menghormati keputusan itu.

Wan Salim berkata, setiap wakil rakyat mesti sedar bahawa matlamat sebenar dikehendaki di sebalik kemenangan dalam pilihan raya tidak terhenti dengan kuasa pemerintahan yang berjaya direbut, tetapi perkhidmatan dan pembangunan fizikal, mental dan rohani rakyat.

Katanya, wakil rakyat yang memenangi PRN memikul amanah dan tanggungjawab berat di hadapan Allah SWT dan rakyat.

“Rakyat akan memerhati dan memantau sejauh mana mereka yang dipilih menepati janji ditabur menerusi manifesto parti diwakili.

“Kehidupan rakyat terutama di negeri tertentu masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan dan kemajuan justeru, usaha islah atau pembaikan perlu digerakkan dengan lebih lancar dan agresif,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim juga berharap wakil rakyat yang terpilih melaksana amanah dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan ikhlas.

Katanya, kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan terjalin dengan lebih erat bagi kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan ideologi politik yang didukung parti.

“Biar semua pihak bekerja demi negara dalam suasana aman tenteram tanpa sebarang gangguan kerana kita percaya dengan kepimpinan efisyen dan bijaksana berserta iltizam tinggi sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri, maka Malaysia akan muncul menjadi antara negara termaju di dunia.

“Kita akan bersama memacu kemajuan serta berbangga sebagai suatu bangsa bermaruah dan berdaulat, malah negara menjadi kebanggaan umat Islam seluruhnya sebagai sebuah negara Islam yang maju dan aman sejahtera,” katanya lagi.

[redirect url=’https://youtu.be/uO576ltJJrY’ sec=’3′]

Previous articleWarga Emas Rugi RM70,000, Disamun Lelaki Bermotosikal Depan Bank
Next articleReferendum, Kita Lawan Kerajaan Zalim Ni! – Wan Fayhsal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here