Home Uncategorized Niezam Zaidi Sambut Hari Lahir Ke-29, Anggap Dugaan Sebagai Qada &...

[VIDEO] Niezam Zaidi Sambut Hari Lahir Ke-29, Anggap Dugaan Sebagai Qada & Qadar

110
0

Hantaran terbaharu pelakon Niezam Zaidi telah menarik perhatian ramai peminat dan pengikutnya di laman Instagram. Dalam hantaran tersebut, difahamkan Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 pada Selasa (26 Oktober 2021).

Niezam Berterima Kasih Atas Doa 

Di kesempatan itu, Niezam yang popular menerusi filem Budak Pailang mengucapkan terima kasih atas doa yang dit.iti.pkan buatnya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

“Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak mendoakan untuk saya semoga anda semua dirahmati, diberkati oleh Allah SWT” ujar Niezam

Dalam pada itu, Niezam turut bersyukur atas segala ketentuan yang diberikan terhadapnya dan menganggap ia sebagai sebuah takdir qada dan qadar seperti mana dalam kepercayaan agama Islam.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir qada dan qadar. Alhamdulillah. Assalamualaikum” katanya lagi

Rakan Selebriti Doakan Niezam

Menjengah ke ruangan komen, selain peminat rakan-rakan selebriti seperti Nabila Huda, Bella Dowanna, Cat Farish, Nadzmi Adhwa turut meninggalkan ucapan serta doa buat Niezam.

Screenshot 2021 10 27 at 9.22.46 AM

Terdahulu, Niezam men.ga.ku bersalah di Mah.kamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tu.du.han me.mil.iki da.d.a.h. Selain Niezam, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, turut men.ga.ku bersalah atas per.tud.uh.an sama.

Berdasarkan kertas per.tu.d.h.n, Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram da.d.ah ber.ba.ha.ya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu. Per.tu.du.han dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Da.d.ah Ber.ba.ha.ya (ADB) 1952 ke atas Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hu.k.uman den.da tidak melebihi RM20,000 atau pen.jara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sa.bit ke.sa.la.han.

Susulan itu,peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka memohon untuk jumlah jaminan diringankan dan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari akhirnya membenar mereka dijamin dengan RM3,000 kepada Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin, masing-masing dengan seorang penjamin. Ke.s disambung pada 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi per.tu.duhan mereka.

Sumber: Murai my

Previous article“Saya dah naik meluat dengar..” Mustaqim Bahadon Mohon Iqbal Rehat & Jalani Kehidupan Normal?
Next article“Aku Akn Dedahkan Siapa Bin4tangnya” – Diva AA Meng4muk! Program TV Btal Temubual Saat Akhir?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here