Home Hiburan “Saya dah naik meluat dengar..” Mustaqim Bahadon Mohon Iqbal Rehat & Jalani...

“Saya dah naik meluat dengar..” Mustaqim Bahadon Mohon Iqbal Rehat & Jalani Kehidupan Normal?

319
0

disajikan dengan pelbagai kisah sensasi membabitkan Ahmad Iqbal Zulkefli, pelakon Mustaqim Bahadon meminta usahawan kon.trover.si itu berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Mewakili suara netizen, Mustaqim mengakui ramai sudah me.luat dengan cerita-cerita peribadi yang dipaparkan di media sosial dan mencadangkan Iqbal muhasabah diri buat seketika.

“Saya terfikir bila dia terlalu banyak tengok sosial media, dia cepat pa.nas hati. Orang sentuh atau petik nama dia, dia ma.rah. Jadi saya rasa lebih baik dia berehat dari tengok sosial media.

“Saya tak salahkan media yang menulis sebab itu cerita sensasi sekarang… saya cuma mewakili netizen dah sampai tahap me.luat dengar cerita dia.

“Kita ni sampai tahap, mula-mula okay cerita cinta tak kesampaian tapi lama-lama cerita dia makin banyak, fasal kucing la, fasal kereta la fasal jam la… orang jadi menyampah!”Bila dia melatah, media akan cover cerita itu. Itu membuatkan orang lebih menyampah dan meluat dengan cerita dia,” katanya kepada mStar.

mustaqim 1

Mustaqim terpanggil menulis komen di perkongsian mStar ini.

Sebelum itu, Mustaqim menulis komen di Instagram mStar Online Official meminta Iqbal berehat seketika daripada menggunakan media sosial dan menjalani kehidupan normal.

Luahan itu ditinggalkan menerusi muat naik artikel bertajuk ‘Bukan propa, Iqbal nak parking kereta mewah RM1 juta depan muka Michael Ang’ yang diterbitkan mStar pada Selasa.

Saya sebelum ini skip sahaja berita tentang dia, cuma ternampak hari ini dan rasa nak bersuara!

MUSTAQIM BAHADON

PELAKON

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini turut meminta Iqbal merendah diri dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial.

“Saya pun ada kawan-kawan yang betul-betul kaya, kaya gila! Tak ada pula macam dia nak menunjuk-nunjuk…. rileks sudah! kalau Iqbal cool sahaja, saya yakin orang lagi suka dia.

“Kalau dia merendah diri sahaja, guna inisiatif dengan menderma ke? Tubuh yayasan membantu orang tua dan sebagainya, lagi ramai orang suka dia.

msuatqim 2

Mustaqim minta Iqbal berehat daripada menggunakan media sosial.

“Cuba buat ke arah kebaikan, mungkin orang akan bercakap juga tapi kalau ikhlas mesti ramai lagi akan sokong. Hentikan drama-drama cinta ni,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mustaqim turut memohon maaf jika komen yang ditulis olehnya menggores hati ahli perniagaan berasal Kelantan itu.

“Saya minta maaf sebab komen begini, saya bersuara bukan sebab tak suka… saya pun tak kenal dia tapi sebab ramainetizen cakap meluat dengar cerita dia tu.

“Saya sebelum ini skip sahaja berita tentang dia, cuma ternampak hari ini dan rasa nak bersuara. Selepas satu, satu cerita keluar!” katanya

Sumber: Mstar

Previous article“Comelnya Rina..”- Maryam Durian Kimchi Akhirnya Dedah Wajah Baby- ‘Bibir Ikut Mommy’
Next article[VIDEO] Niezam Zaidi Sambut Hari Lahir Ke-29, Anggap Dugaan Sebagai Qada & Qadar
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here