Home Viral Tular Mengenai Pelakon Bersuka Ria Di Kota Al Ula, sekali Ustaz Azhar...

Tular Mengenai Pelakon Bersuka Ria Di Kota Al Ula, sekali Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

483
0

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkaitan tempat-tempat yang di laknat oleh Allah dalam sejarah dan dalam Al-Quran termasuk Al Ula dan Laut Mati di Bumi Mekah. Baru-baru ini tular mengenai pelakon lelaki popular Malaysia iaitu Zul Ariffin yang telah melawat ke Kota Al Ula, Mekah selepas selamat menjalani ibadat Haji.

Isu mengenai kota Al-Ula telah menjadi bualan orang ramai apabila pelakon tersebut telah memuat naik beberapa gambar di sana sambil sedang menikmati kota tersebut. Ianya telah raih tumpuan ramai kerana kota tersebut merupakan satu daripada tempat-tempat yang dilaknat oleh Allah SWT.

Namun begitu, Ustaz Azhar Idrus telah memberi penjelasan mengenai aktiviti menziarahi kota tersebut selepas ditanya oleh seorang individu ketika memberikan sebuah ceramah di Terengganu.

“Tempat-tempat yang dilaknat oleh Allah SWT tersebut hukumnya adalah Makruh oleh para Ulama. Tempat tersebut tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk mengambil berkat. Ia sepatutnya dijadikan tempat untuk kita mengambil pengajaran berdasarkan kisah-kisah terdahulu ketika Allah SWT melaknatinya…” – Ustaz Azhar Idrus

Lihat klip video di bawah:

@mek_ainalieya Penjelasan yang jelas dari Uai #fyp #masukberandafyp #terengganu #2023 #ustazazharidrus #zizanrazak ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleDapat Sokongan Syamsul Untuk Teruskan Saman, sekali Luahan Puteri Sarah Raih Tumpuan Ramai
Next articleTular Isu Marissa Dania Ganggu Rumah Tangga Orang. Sekali Abby Abadi Tampil Buka Mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here