Home Dunia Tubuhkan Syarikat Oyo Pada Usia 22 Tahun, Ritesh Agarwal Bilionaire Termuda Dunia

Tubuhkan Syarikat Oyo Pada Usia 22 Tahun, Ritesh Agarwal Bilionaire Termuda Dunia

313
0

Waktu Agarwal mengembara sekitar India selama 3 bulan & menginap di hotel bajet, beliau berhadapan dengan macam2 isu kebersihan seperti lipas, cadar kotor dan lain-lain.

Agarwal sedar ada potensi untuk menambahbaik mutu dan kualiti hotel bajet.

ritesh

OYO Hotels bermula dengan sebuah hotel dengan menukar cadar berkualiti tinggi, tilam tebal, televisyen dan air panas.

Ini menyebabkan kadar penghunian hotel meningkat dari 18% kepada 90% hanya pada bulan pertama.

OYO Hotels bekerjasama dengan hotel bajet dan guest house dengan mengubahsuai hotel dan memberi latihan kepada pekerja hotel untuk memastikan kualiti dan piawaian yang ditetapkan.

Selain itu, hotel-hotel ini akan diberi ruang dalam platform tempahan OYO.

Kebanyakan hotel-hotel bajet di India pada ketika itu tak ada sebarang iklan di internet.

OYO Hotels mampu menarik pelanggan ke hotel-hotel yang diuruskan mereka setelah membuat perubahan besar dalam operasi hotel yang diurus mereka.

Kini, Ritesh Agarwal merupakan self-made bilionaire termuda di dunia selepas Kylie Jenner.

Ini selepas nilai kekayaan beliau dianggarkan sekitar $1.1 bilion pada tahun 2020.

Beliau ialah pengasas dan CEO perniagaan dan aplikasi hospitaliti, Oyo Rooms dengan rangkaian 2,200 hotel yang beroperasi di 154 bandar di seluruh India.

peter

Sebagai seorang warga India, Agarwal skip kolej untuk join Thiel Fellowship, iaitu sebuah program yang dibiayai oleh pelabur teknologi jutawan, Peter Thiel untuk memberikan geran kepada segelintir remaja yang berpotensi dalam perniagaan.

Beliau menubuhkan syarikat OYO Hotels pada usia yang sangat muda iaitu pada umur 22 tahun.

Kini, OYO Hotels telah berkembang dengan pesat ke seluruh dunia

Antara industri yang paling terjejas dengan Covid-19 ialah industri penerbangan, pelancongan dan perhotelan.

Tapi, OYO turut sama-sama membantu memerangi wabak Covid-19 dalam keadaan pendapatan syarikat terjejas teruk.

OYO Hotels telah bekerjasama dengan pihak hospital di India dengan menawarkan katil dan fasiliti kepada pesakit yang disyaki telah dijangkiti Covid-19 untuk menjalani kuarantin dengan pemerhatian petugas perubatan.

Previous article“Orang Lain Bukan Main Baling, Sekali Adik Ni Golek Je”-Tak Sangka Auto Strike, Buat Ramai Terpegun
Next article“Mmg Jenis Kencing Bersepah”-Rakaman Budak Kencing Merata Tarik Perhatian Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here