Tular beberapa hari yang lalu mengenai beberapa kenderaan mewah dipercayai sedang melakukan ‘konvoi’ jalanraya di lebuhraya Senai, Johor. Aksi bahaya mereka ini juga boleh mendatangkan kemalangan jalanraya, sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.
Pada hari Sabtu lepas, polis turut mengambil keterangan kepada 5 lelaki warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun selepas mengesan video kereta ‘Lamborghini’ yang selamba memotong laluan secara berbahaya.
Video ini turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di sebuah platform media sosial baru-baru ini.
“Ni orang panggil ‘Empty Barrel’ always make more noise. Dah macam Jakun dapat basikal, Turun bukit pun kayuh. Mungkin nak kena ajar macam mana nak hormat orang ramai”-TMJ
Baca lagi: “Arif Aiman Perlu Cari Ustazah Daripada Cari Artis..” – Ayat Wartawan Ini Buat TMJ Tersenyum
Lihat klip durasi pendek TMJ ‘sound’ pemilik Lamborghini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@maxjojo5818: Thanks TMJ 4 putting this kind of species in their place..
@salinasamat2053: Sy prnh bertembung konvoi keyter mewah ni beberapa thn lalu. Mmg betol lah dorang buat jln tu mcm depa punye….keyter sy kene berhenti sekejap sbb keyter2 tu lalu sambong menyambong.
@Wann_Paniggale: Kesian kaum jakun jugak kena petik padahal kaum jakun juga antara minoriti kaum dlm malaysia..lebih elok samakan dgn beruk dapat pisang je driver² tu baru sesuai
@personaepikTV: Kenapa pula kaum Jakun terbabit? Xpepasal jek….
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Youtube dan Instagram
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]