Home Viral Tengahari Suami Ceraikan Isteri Pertama, Malam Celebrate Dinner Dengan Miera Liyana

Tengahari Suami Ceraikan Isteri Pertama, Malam Celebrate Dinner Dengan Miera Liyana

343
0

Selepas 28 tahun bersama, rumah tangga suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abd Mutalib akhirnya berakhir dengan bercerai talak satu, semalam.

Miera yang tidak menemani suaminya ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dilihat memuat naik satu Instagram Story, pada sebelah malam.

Menerusi rakaman video pendek itu, memaparkan Miera dan suami serta keluarga sedang gembira menikmati makan malam. Aktres berumur 30 tahun itu turut memilih lagu Only nyanyian Lee Hi sebagai muzik latar.

Sementara itu, hasil pemerhatian, pemilik nama Miera Leyana Kasmi telah menutup ruangan komen di hantaran yang dimuat naik pada dua hari yang lepas.

Bagaimanapun, netizen menyerbu dan meninggalkan kata-kata marah serta menggelarkan Miera sebagai penyondol di entri yang dikongsikan pada 25 Julai.

Terdahulu, media melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleAwie Versi Cina. Nyanyian ‘Ah Wee’ Dah Macam Opera Buat Ramai Terhibur
Next articleTmj Sound Pemilik Lamborghini Memotong Secara Berbahaya, Sekali Lain Pula Yang Netizen Perasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here