Home Hiburan Dah Macam Shah Rukh Khan. Inspektor Sheila Sudah Jatuh Cinta Dengan Iqbal?

Dah Macam Shah Rukh Khan. Inspektor Sheila Sudah Jatuh Cinta Dengan Iqbal?

297
0

Heboh di laman sosial apabila usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli meluahkan hasratnya untuk berkenalan dengan Inspektor Sheila. Ramai yang tidak menyangka dan terkejut kerana Iqbal berkata yang dia tertarik dengan peribadi Inspektor Sheila yang ‘Garang’.

Menerusi halaman instagram. Iqbal ada memuat naik beberapa gambar dia mengenakan busana tradisi masyarakat India. Sheila Sharon Steven Kumar memuji ketampanan Iqbal mengenakan busana tradisional dari kaumnya.

Malah, Sheila berseloroh mengatakan penampilan Iqbal dapat mengatasi pelakon terkenal dari Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

“Iqbal, saya baru bukak Facebook dan awak buat saya terkejut. Oh Tuhan! Awak nampak sangat kacak dengan mengenakan baju India kami. Awak macam seorang raja. Lelaki Melayu kalau pakai baju tardisional India, Shah Rukh Khan pun boleh kalah. Apa pun awak dah boleh berlakon filem Tamil dengan saya, jom!

Saya nak beritahu awak, awak benar-benar buat saya teruja. Kawan Facebook saya termasuk yang lelaki dan perempuan teruja dengan penampilan awak gayakan baju tradisi India..”

Inspektor tampak begitu teruja dan tertarik dengan Iqbal yang mencuba untuk mengenali budaya India. Ramai yang tertanya-tanya, adakah Inspektor Sheila sudah jatuh cinta? Jika benar, ramai yang berikan sokongan…

Previous articleTmj Sound Pemilik Lamborghini Memotong Secara Berbahaya, Sekali Lain Pula Yang Netizen Perasan
Next articleSemakin Matang, sekali Kacak Anak Dato’ Vida Luah Perasaan Mengenai Cik B

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here