Home Hiburan “Masya-Allah Sopan ja masing²..” Busana Songket Erra & Lisa Pada Mlm...

[FOTO] “Masya-Allah Sopan ja masing²..” Busana Songket Erra & Lisa Pada Mlm FFM3 Curi Tumpuan- ‘Ni baru betul’

647
0

Penampilan dua selebriti popular Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani sebagai penyampai anugerah pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) malam tadi mendapat pujian netizen apabila kedua-duanya tampil dengan berpakaian tradisional songket

Dalam acara tersebut, Erra dan Lisa tampil dalam persalinan songket berona biru gelap dan kelabu sekali gus menyerlahkan pesona kesopanan dan keanggunan milik dua primadona filem tersebut.

Difahamkan, Erra atau nama lengkapnya Fazera Wan Chek menggayakan busana songket dengan potongan moden daripada butik Lumiere Concept.

Manakala Lisa pula menggayakan baju kurung songket lengkap berselendang sentuhan pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini.

Menjengah komen yang ditinggalkan netizen dalam Instagram, rata-rata kagum dengan pemilihan pakaian kedua-dua pelakon itu kerana mengangkat budaya serta nilai tradisi apabila mengenakan busana daripada songket.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Malah, ada juga berpendapat anugerah berprestij seperti FFM wajah mengetengahkan konsep tradisional pada tema pakaian.

“Sepatutnya setiap apa anugerah perlu diterapkan pakai pakaian tradisional,” kata seorang pengguna Instagram.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat bahawa seseorang selebriti itu tidak perlu untuk tampil dengan imej sek.si kerana pakaian tradisional juga boleh menyerlahkan aura mereka.

7801c142 fefb 404d 8064 4a5092c81f1f

“Punyalah cantik dengan busana tradisional. Tidak perlu sek.si, pakai songket pun dan cukup sek.si,” kata seorang netizen.

“Kedua-duanya cantik. Suka tengok pakaian Erra dan Lisa menggayakan songket,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Sekadar info, FFM31 yang berlangsung malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyaksikan filem Roh arahan pengarah Emir Ezwan menggondol anugerah Filem Terbaik FFM31 sekali gus melayakkan naskhah dibintangi June Lojong, Farah Ahmad dan Nam Rom itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sharifah Shahira, penganjuran FFM31 diadakan dengan penerapan norma baharu dalam meminimumkan ri.siko keselamatan dan mengekang pe.nu.laran pan.de.mik C.o.v.i.d-19.

VIDEO:


Sumber: K! ONLINE, lisasurihani, errafazira

Previous articleDSV dedah arwh Gmie pernah minta bantuan padanya, sekali anak arwh nafi dan ceritakan perkara sebenar
Next article“Baby Bump Alhamdulillah”- Comel, Dazrin Kongsi Video Intan Ladyana Malu-Malu Menari Curi Tumpuan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here