Home Uncategorized “Tidurlah Kat Parking Lot Tu” – Bila Lupa Kereta Dekat Mall Apa...

“Tidurlah Kat Parking Lot Tu” – Bila Lupa Kereta Dekat Mall Apa Perlu Buat

317
0

Kejadian lupa meletak kereta di mana sering terjadi. Dalam banyak-banyak kawan korang mesti akan ada punya seorang yang jenis selalu sangat lupa mana dia letak kereta. Kadang tu kena pusing satu tempat parking dekat mall tu nak cari kereta. Ataupun sebenarnya bukan kawan korang tetapi diri korang sendiri yang jenis pelupa?

Baru-baru ini di twitter @JalanCutiSantai, tular sebuah video di mana sekumpulan kawan yang terlupa mereka meletak kereta di mana.

Lihat video di twitter :

Baca juga komen warganet :

@Ailentoq : HAHAHA dengar citer sampai camping dlm tu

@iskndr98 : kan kt situ ade sedia kan qrcode tuk scan mana park kete

@izntagram : Pernah jugak jadi macam ni, sama dekat ONE UTAMA jugak. Last2 aku keluar bangunan, aku masuk balik tempat aku parking dengan jalan kaki ikut laluan kereta aku tad

@idayu3112 : Tiba2 lupa nombor plat kereta sekali. Hah tidur lah kat parking lot tu.

@hafizaheyeee : Hahahah i pernah kena mcm ni lepastu waktu tu tgh tgok citer hantu dh lah mmg dh pukul 12 lebih dh lupa mana park kerete lepastu ada sorang cina ni tolong hahahha , i dh ngis2 dh mna lah kerete ni

@amirahrohizad1 : 2 hari lepas sama jugak. Dekat one utama. Dah lama sgt tak dtg. Salah masuk lift. Keluar tingkat 3 mana kereta ni. Pusing2 tak jumpa. Masuk balik lift yg sama. Jalan depan sikit, masuk lift depan MyTukar. Next time kene amik gmbr no parking.

@Juu_Jamal : Hmm pernah satu jam cari kereta dkt IOI Putrajaya. Habis semua level pusing. Dah sikit lagi nak nanges. Rupanya ada lagi satu level tak pergi dan di situlah kereta saya. Itupun lepas dah pergi office carpark tu minta tolong

Sebenarnya tak perlu nak gelisah kelam-kabut lagi cari mana kereta sebab Google nak tolong korang! Aplikasi baru di Google Maps ni akan menyimpan lokasi korang parking kereta di peta! Mesti tak ada dah dengar ayat “weh mana aku park kereta ye? Lupa lah.” Sebelum ini, hanya pengguna Android sahaja yang dapat gunakan aplikasi ini tetapi ianya sudah tersedia buat pengguna iOS juga. Jadi macam mana nak save lokasi kereta di Google Maps?
1. Untuk activate, klik pada “save your parking”

parking 1

Buka sahaja Google Maps dan korang cuma perlu tekan pada ‘blue dot’ sahaja. Akan keluar senarai ini dan klik pada ‘save your parking’. Di peta tersebut akan menunjukkan di mana korang parking kereta dan siap boleh tulis nota lagi dari segi mungkin arah untuk ke kereta dan sebagainya. Nak save kan image pun boleh tau.
2. Buat pengguna iOS, caranya sama juga

parking1 1

Jadi lepasni kalau terlupa parking jangan cepat panik. Boleh ikuti langkah yang telah diberikan.

Baca juga : “Kereta Hilang Mcm Mana Nak Balik”- Parking Merata, Reaksi Lelaki Tarik Perhatian

Baca juga : “Parking Valet Harga Kayangan” – Individu Dikecam Salah Bagi Informasi

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter dan Mashable

Previous article“Seronok Betul Mandi Banjir Ye”-Water Park Indera Sempurna Kuantan
Next article“Astagfirullah, Berani Betul Korang Aniaya Orang Dekat Dunia”-Aamyra Rosli Kena Scam RM240,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here