Home Isu Semasa Tiada Sebab Jabatan Peguam Negara Teliti Semula Kes Sudah Didakwa

Tiada Sebab Jabatan Peguam Negara Teliti Semula Kes Sudah Didakwa

192
0

Putrajaya: Jabatan Peguam Negara menegaskan setiap keputusan untuk melakukan pendakwaan dibuat selepas meneliti dan menimbangkan sepenuhnya keterangan dibentangkan oleh agensi penguatkuasaan serta undang-undang berkaitan.

Sehubungan itu, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, berkata tiada sebab munasabah jabatan berkenaan meneliti semula kes yang sudah dibawa ke mahkamah untuk tindakan pendakwaan.

“Susulan daripada laporan media yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh (Ketua Pembangkang,) Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa jabatan ini tidak mempunyai sebab untuk meneliti semula semua kes yang dipertuduhkan di mahkamah.

“Tidak terdapat sebarang campur tangan politik atau tekanan untuk memulakan apa-apa pendakwaan. Jabatan Peguam Negara sentiasa bertindak secara bebas dan profesional, mengikut tatacara yang ditetapkan dalam memulakan pertuduhan terhadap mana-mana individu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, pembangkang mendesak Idrus menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan yang dikatakan terpilih terhadap pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bagi tujuan ditarik balik.

Desakan dibuat Hamzah itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melepas dan membebaskan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN berkata dalam membuat keputusan itu, mahkamah bukan saja memutuskan pertuduhan ke atas Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN itu sebagai cacat, tidak berasas, kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah, malah adalah kesalahan penggunaan proses mahkamah.

Mengulas lanjut, Idrus berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin hanya membabitkan empat pertuduhan predikat di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisia (SPRM) 2009.

Katanya, keputusan terbabit dibuat hanya berdasarkan ruang lingkup permohonan yang difailkan oleh pemohon.

“Rentetan itu, Notis Rayuan sudah difailkan oleh pihak pendakwaan untuk mencabar keesahan keputusan terbabit.

“Manakala tiha pertuduhan di bawah seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 masih kekal,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara memandang serius kenyataan yang cenderung menjejaskan kredibiliti jabatan berkenaan dan menggesa semua pihak supaya berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan atau membayangkan bahawa integriti dan kebebasannya dikompromi oleh campur tangan politik atau pengaruh yang tidak wajar.

“Jabatan Peguam Negara selanjutnya menegaskan bahawa Jabatan ini bertindak secara bebas dan profesional pada setiap masa dalam menjalankan fungsi Jabatan Peguam Negara untuk menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

[redirect url=’https://youtu.be/LBFZ8sPuuM8′ sec=’3′]

Previous articlePura-Pura Isle, Ramai Tidak Tahu Rupanya Kelantan Negeri Pusat Terbesar Pelacuran Malaysia
Next articleBanyak Rampasan Akan Dibuat Berkaitan Siasatan 1MDB – KPN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here