Home Dunia Temui Batu Seberat 17Kg Yg Disangkakan Emas, Skli Lelaki Ini Trkejut Mndpt...

Temui Batu Seberat 17Kg Yg Disangkakan Emas, Skli Lelaki Ini Trkejut Mndpt Tahu Ianya Lebih Jauh Brharga

198
0

Pada tahun 2015, seorang lelaki yang dikenali sebagai David Hole mencuba untuk mencari simpanan mineral emas di Maryborough Regional Park di Melbourne, Australia. David menggunakan alat pengesan logam dan berjaya menemui satu ketulan batu kemerahan yang agak besar dan membawanya pulang ke rumah.

Tiba di rumah, David mencuba pelbagai cara untuk memecahkan batu tersebut tapi tidak berjaya meskipun sudah mencuba dengan tukul besi, gergaji batu dan pelbagai cara lagi namun batu itu tetap tiada apa-apa perubahan.David beranggapan batu tersebut istimewa dan mengandungi emas dan dia pun menyimpannya selama bertahun-tahun.

Selepas beberapa tahun, David mula merasakan batu tersebut yang seberat 17kg mungkin bukan batu yang biasa-biasa, dan beliau membuat keputusan untuk membawanya ke Melbourne Museum untuk diperiksa oleh pakar.

Baca lagi: Netizen Kagum Dgn Reaksi Lelaki OKU Penglihatan Ini, Beli Telefon Berharga Rm3999

Baca lagi: Beli Karpet Kereta Brhrga Rm1,400 Utk Jdikn Hadiah, Skli Wanita Ini Trkejut Lihat Saiz Set Karpet Yg Dbeli

sinetronmalaya.com Temui Batu Seberat 17Kg Yg Disangkakan Emas Skli Lelaki Ini Trkejut Mndpt Tahu Ianya Lebih Jauh Brharga qqq

Batu tersebut diperiksa dan diteliti oleh dua ahli geologi Melbourne, Dermot Henry dan Bill Birch dan akhirnya mereka dengan gembira mengesahkan batu itu ialah sebuah meteorit. Penemuan itu memang mengejutkan David Hole dan juga ahli geologi berkenaan.

Batu meteorit seberat 17kg itu dipotong dengan menggunakan alat pemotong berlian dan didapati komposisinya mengandungi kandungan besi dan nikel yang tinggi.

sinetronmalaya.com Temui Batu Seberat 17Kg Yg Disangkakan Emas Skli Lelaki Ini Trkejut Mndpt Tahu Ianya Lebih Jauh Brharga yyy

Menurut Dermot Henry, muzium mereka menjadi tempat ramai orang yang menghantar batu yang disangka penghantarnya adalah meteorit, namun sepanjang 40 tahun kerja di muzium tersebut, hanya ada dua batu yang dikenalpasti sebagai meteorit dan batu yang dibawa oleh David Hole adalah yang kedua.

Rakannya, Bill Birch pula memberitahu batu-batu yang berasal dari Bumi yang mempunyai saiz yang sama seperti batu meteorit tersebut adalah jauh lebih ringan dan tidak seberat batu meteorit.

sinetronmalaya.com Temui Batu Seberat 17Kg Yg Disangkakan Emas Skli Lelaki Ini Trkejut Mndpt Tahu Ianya Lebih Jauh Brharga rrr

Menurut Bill Birch lagi, batu meteorit itu dipercayai jatuh ke Bumi dalam lingkungan masa 200 tahun yang lalu berdasarkan keadaannya.

Kajian selanjutnya juga menganggarkan usia meteorit tersebut adalah 4.6 billion tahun dan ianya diberi nama Maryborough, sempena nama tempat ia ditemui. David Hole juga telah mendapat pulangan yang lumayan susulan penemuannya itu.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Kakak Ada Hadiah Nak Bagi”-Fasha Sandha Bertemu ‘Adik Grab Contoh’
Next article“Nak Marah Tapi Kena Sabar”-Video Kanak-Kanak Main Lato2 Dalam Surau Curi Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here