Home Viral “Takkan Hang Tak Tahu Malam Tu Nisfu Syaaban, Aku Dah Bayar Gaji...

“Takkan Hang Tak Tahu Malam Tu Nisfu Syaaban, Aku Dah Bayar Gaji Hang Mahal…” – Individu Persoalkan Fariz Choii

490
0

Pihak yang menguruskan konsert ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ telah memohon maaf berikutan kontroversi yang melibatkan dakwaan bahawa konsert tersebut diadakan pada malam Nifsu Syaaban.

Melalui video yang dikongsikan di TikTok, penganjur yang dikenali sebagai Faris Azrii mengaku kesilapan yang dilakukan oleh pihaknya kerana terlepas pandang perkara tersebut. Dia menjelaskan bahawa konsert yang diadakan tidak melibatkan mana-mana kerajaan.

Pada masa yang sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Kesihatan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria, menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak pernah memberikan permit atau kelulusan untuk penganjuran konsert di Taman Jubli Emas pada malam 24 Februari.

Zakaria menjelaskan bahawa penganjur sebenarnya telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri, namun tidak ada sebutan tentang cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti yang tersebar di media sosial.

Pada masa yang sama, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai DSA telah pun mengulas isu tersebut dan mendapat perhatian ramai. Ini disebabkan oleh beliau mengatakan beliau sudah pun membayar gaji Faris Choi dengan nilai yang mahal dan mempertikaikan Founder kepada Choii tersebut mengaji ataupun tidak.

Lihat posting di bawah:

@datosyed616lepas ni buat acara baca yassin lepas habis tu buat konsert henjut sampai pagi 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – dsa

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Bila Cikgu Cakap Saya Takkan Berjaya, Susah Untuk Saya Percaya Yang Satu Hari Nanti Saya Akan Berjaya…” – Najwa Latiff
Next article“Gabungan Dua Vokal Terbaik..” – Aina Abdul Dan Ernie Zakri Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here