Inisatif Menu Rahmah banyak memberi manfaat kepada orang ramai. Khususnya kepada mereka yang sangat memerlukan.
Tetapi, ada dimuat naik video oleh pemilik akaun Tiktok @rumahmakanpercuma yang memaparkan video masakan di kedai tersebut.
Difahamkan bahawa kedai tersebut memberi makan percuma kepada 500 orang awam yang datang ke kedai nya. Makanan percuma tersebut bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 2 petang setiap hari Ahad hingga Jumaat.
Lihat apa kata warganet :
@rumahmakanpercuma Untukmu aku bertahan 🥹🥹 #rumahmakanpercuma #ayambismi #kongsirezeki #kedah #wie2
Pasangan pemilik kedai tersebut, yang bernama Jaffri Ahmad dan Mazlina Makaruddin menyatakan bahawa idea memberi makan percuma kepada orang awam ini tercetus setelah mereka pulang dari tanah suci.
Sajian percuma ini adalah percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status, agama dan juga bangsa.
Baca juga : “Tak Cukup Duit Nak Makan? CAKAP” – Peniaga Mknn Pemurah Bg Percuma Nasi Bajet
Baca juga : “Menu Rahmah Tersangat Rahmah, Free Terus Dia Bagi”-Netizen
Apa yang lebih menarik, menu di Rumah Makan Percuma ini adalah berbeza setiap hari, sebagai contoh nasi putih, ayam dan juga sayur pelbagai jenis masakan serta air.
Lihat apa kata warganet :
Semoga dilimpahkan lagi rezeki yang banyak kepada mereka yang berusaha membantu orang ramai, khususnya Encik Jaffri dan Puan Mazlinda.
Sumber : Tiktok
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.