Home Viral “Taik Je Semua Tu Berlakon Dalam Live, Aku Yang Bela Anak Aku...

“Taik Je Semua Tu Berlakon Dalam Live, Aku Yang Bela Anak Aku Sorang-Sorang Dari Kecik…” – Rita Rudaini

314
0

Pelakon Rita Rudaini mengecam tindakan beberapa netizen yang meminta dia untuk mengatur pertemuan antara dua anak lelakinya dengan bapa mereka, iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Rita, yang berusia 47 tahun, menyatakan bahawa tindakan bekas suaminya menyebut nama anak-anak mereka dalam video siaran langsung hanyalah untuk mendapat simpati orang ramai.

Menurut kata-kata aktres itu, jika Aidil benar-benar prihatin tentang anak-anak, dia sepatutnya telah melakukannya sejak dulu lagi.

“Awak tak payah nak buat tahu sangat. Kena kencing! Hancinglah. Setakat sebut nama saya pun boleh sebut nama anak Ronaldo ke, anak Beckham!..”

“Nak berlakon apa dengan orang, awak bukan buta kot. Aku yang bela sorang-sorang dari (anak-anak) kecik…”

“Demam, suka, duka, sekolah, raya, makan dan minum aku tanggung sorang-sorang. Kalau rasa nak anak kenapa tak ambil tahu dari kecil masa aku jaga basuh berak?..”

“Mereka sakit satu Malaysia tahu, kenapa mereka tak tanya? Awak cakap senang. Tak ada tindakan, berlakon dalam siaran langsung…”

Rita menegur tindakan tersebut ketika salah seorang pengikutnya meninggalkan komen di Instagramnya yang mengungkapkan simpati terhadap Aidil.

Sementara itu, Rita memberi nasihat agar individu tersebut tidak terlalu mengetahui terperinci mengenai kisah rumah tangganya.

Rita menegaskan bahawa tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk menumpang nama berdasarkan kejayaan yang mungkin akan dicapai oleh anak-anaknya kelak.

Lihat Posting di bawah:
IMG 3304

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Bahaya Bila Hidup Berpaksikan Laman Sosial, Kalau Normal Takda Masa Fikir Buat Content Masa Kawan Meninggal…” – Sikap Hafiz Mahamad Dipersoalkan
Next article“Bahaya Mak Mertua Macam Ni, Jangan Buat Silap Kak…” – Ramai Risau Melihat Tindakan Haliza Maysuri Terhadap Menantu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here