Home Isu Semasa “Sudahlah letakkan emosi, jatuh hukum sampai mahu boikot…” – Shuib jelaskan isu...

“Sudahlah letakkan emosi, jatuh hukum sampai mahu boikot…” – Shuib jelaskan isu sokong Syamsul kahwin lagi

137
0

Baru-baru ini tular apabila Syamsul Yusof telah memuat naik video yang mengatakan bahawa beliau telah berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar. Nama usahawan, pelawak dan penyampai radio, Shuib turut terkena tempias kecaman netizen apabila beliau menjadi orang terawal yang mengucapkan tahniah kepada pengarah filem tersebut.

Menerusi Instagram, ramai peminat yang tidak berpuas hati melihat respon yang diberi oleh Shuib tersebut sehingga menyebabkan ramai yang mahu memboikot perniagaannya. Shuib turut mengatakan “Janganlah menjatuhkan hukum hingga ada istilah mahu boikot dan sebagainya. Saya tak faham kenapa mahu buat sampai begitu sekali, saya buat salah apa?,” Katanya kepada media.

“Saya terfikir ketika ini sudah letakkan emosi dah ni, sampai ada yang mengatakan inilah kuasa wanita. Cuba doa yang baik-baik, jangan menambah-nambah api ni.”

Shuib yang telah jelaskan sedemikian setelah Majlis Penyerahan Sijil dari Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai Stesen Radio Pertama bersiaran dari atas kapal persiaran mewah ‘Genting Dream’ pada rabu yang lepas.

“Lagi seronok untuk kita tengok kawan-kawan bahagia dan harmoni, tapi bila jadi macam ni cuma mampu sedih, cuba lah berikan sokongan yang baik.”

“Penglibatan soal emosi itu terlalu banyak dan menakutkan, lebih-lebih lagi kaum wanita, mungkin.” Kata Shuib.

“Saya juga ada kawan yang berpoligami, siap ada isteri yang tolong carikan suami calon pon ada, Saya pun terkejut tetapi itu ialah realiti. Bagi saya, tidak salah untuk suami berkahwin empat.”

“Tetapi berbalik kepada nasihat orang bijak pandai, kita perlu menguruskan perkahwinan tersebut dengan adil, mampu ke menjadi adil, kalau rasa tidak boleh, tak perlu la,” Katanya lagi.

Jangan lupa komen yang baik-baik.

Previous article“Saya guna untuk perubatan, tolong bezakan…” – Yassin bengang didakwa isu dadah
Next articleIbu Chef Wan meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here