Home Viral Sudah Lembut Hati Benarkan Adam Shahz Jumpa Anak, sekali Fatin Afeefa Buat...

Sudah Lembut Hati Benarkan Adam Shahz Jumpa Anak, sekali Fatin Afeefa Buat Pindaan Tuntutan Enggan Bertengkar

267
0

PELAKON Adam Shahz meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa sudi bertolak ansur dan memberikan keizinan untuk bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia. Adam atau nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, memberitahu bahawa dia mengambil kesempatan bertemu dan meluangkan masa bersama anaknya itu semasa cuti sekolah.

“Saya lega nak dibandingkan sebelum ini, kalau sebelum ini susah nak jumpa sekarang dah dapat jumpa. Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak sebelah sana sebab sudi bertolak ansur dan sekarang ini kami sedang cuba selesaikan perkara lain agar dapat keputusan yang adil bagi kedua-dua pihak…” – Adam Shahz

“Alhamdulillah dah berapa kali kami berjumpa. Saya akan jumpa dia tiap kali cuti sekolah sebab dia sekolah asrama, kalau jumpa hari biasa takut kelam kabut…” – Katanya

Adam berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada hari selasa.

“Pindaan itu saya lakukan bukan sebab nak menang atau kalah tapi nak hak sama rata kedua-dua pihak. Saya juga mahukan hak sama rata seperti sebelah sana…” – Katanya lagi

“Saya tak mahu bertengkar di kemudian hari kerana ini melibatkan anak yang merupakan seorang manusia yang mempunyai jiwa…” – Ujarnya lagi

Sementara itu, Fatin Afifah berkata bahawa beliau menyerahkan segala proses dan keputusan mengenai hak penjagaan anaknya itu kepada mahkamah. Beliau bagaimanapun bersyukur kerana kehidupannya bersama anak berjalan seperti biasa meskipun sibuk dengan urusan mahkamah.

“Semuanya berjalan lancar tapi selepas ini akan ada prosiding lagi…” – Fatin Afeefa

“Hari ini cuma pindaan yang mahkamah tentukan pihak Adam nak tukar atau tidak. Saya ikut dan serahkan saja kepada pihak mahkamah…” – Katanya lagi

Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki yang bernama Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil daripada perkahwinannya dahulu.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleMerenung Baca Komen Tegur Fesyen Aneh, sekali Aina Abdul Luah Isi Hati
Next articleAyda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Cecah 5 Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here