Home Dunia Setelah beribu permohonan, Akhirnya rezeki lelaki ini bekerja di bank dunia

Setelah beribu permohonan, Akhirnya rezeki lelaki ini bekerja di bank dunia

232
0

Dalam situasi ekonomi di masa sekarang, tidak dinafikan peluang pekerjaan yang sangat terhad ini sangat sukar bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran untuk bekerja. Individu yang berpengalaman juga ada yang dibuang kerja gara-gara kegawatan ekonomi yang dilanda dunia.

photo 2023 01 15 12 43 25

Seorang pemuda yang berusia 24 tahun, Vatsal Nahata turut merasainya kerana terpaksa tampil dengan usaha yang sangat tinggi dengan menghantar 600 e-mel dan 80 panggilan untuk memohon pekerjaan. Walau bagaimanapun, usahawa pemuda tersebut akhirnya dibayar apabila diterima bekerja di bank dunia menurut laporan NDTV.

Vatshal yang merupakan graduan daripada Ivy League dan merupakan lulusan daripada Universiti Yale berkongsi kisah kejayaannya itu bermula sewaktu dunia dilanda COVID-19 pada 2020 di LinkedIn.

“Saya tidak mempunyai pekerjaan dan bakal menamatkan pengajian dalam masa dua bulan. Saya juga merupakan pelajar ‘Yale’ jadi saya perlu mendapatkan sebarang pekerjaan walaupun belajar di sini”, Katanya.

photo 2023 01 15 12 43 29

“Saya berazam untuk tidak kembali semula ke India dan gaji saya mestilah hanya dalam dolar, saya melakukan sehabis baik dalam rangkaian dan mengelak untuk memohon kerja dengan mengisi borang atau melalui apa-apa portal,” Katanya lagi.

Pemuda ini juga mengatakan bahawa dalam masa dua bulan, beliau telah menghantar lebih 1,500 permohonan, menulis 600 e-mel dan membuat 80 panggilan dan terpaksa merasai banyak penolakan pekerja.

Previous articleKahwin 47 Tahun Dan Ada 10 Anak, Lelaki Ini Dedah Tak Pernah Melihat Wajah Isterinya
Next articleArif Aiman Kini Pemain Muda Termahal Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here