Home Sukan Arif Aiman Kini Pemain Muda Termahal Malaysia

Arif Aiman Kini Pemain Muda Termahal Malaysia

226
0

Siapa tidak kenal, suatu nama yang makin meningkat dalam bola sepak tanah air. Arif Aiman Hanafi yang kini menjadi pemain muda paling mahal di Malaysia. Pemain yang bermain di posisi sayap kanan itu makin lama makin bagus, malah menjadi pujaan ramai. Hal ini kerana prestasinya yang memberangsangkan dalam liga Malaysia malah di liga Asia, ACL

messi

Nilai pasaran Arif Aiman kini telah mencecah angka sejuta membuatkan beliau kini berada di kedudukan ketiga dalam carta pemain termahal di Malaysia. Hasil semakan di laman sesawang Transfermarkt.com, nilai Arif Aiman kini mencecah €400,000 atau bersamaan RM1,839,900 juta.

Nilai terbaharu Arif Aiman, pemain sayap 20 tahun itu dalam pasaran meningkat sebanyak 67 peratus sejak hampir setahun lalu. Pada Oktober 2021, Arif dinilai pada harga €150,000 atau bersamaan RM689,962.

Berdasarkan nilai baharu itu bermakna Arif kini adalah pemain ketiga paling bernilai dalam skuad JDT di belakang Fernando Forestieri (€850,000 atau RM3.9 juta) dan Bergson da Silva (€500,000 atau RM2.29 juta).

Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan kepada pemain muda yang kian meningkat naik ini. Semoga terus maju jaya dan dapat terus membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Sumber Wiki

Previous articleSetelah beribu permohonan, Akhirnya rezeki lelaki ini bekerja di bank dunia
Next article“Aku Pun Tak Terfikir Macamtu Sekali..” – Ingin Merasai Jadi Wanita, Jawapan Hun Haqeem Buat Ramai Terkejut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here