Seorang wanita dapat surat cinta dari JPJ disebabkan anaknya duduk belakang dalam kenderaan tidak memakai ‘Car Seat’. Heboh di media sosial notis peringatan yang diterima seorang wanita di mana anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihatinya untuk menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak sekiranya membawa penumpang kanak-kanak.
Peraturan itu termaktub Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar)(Pindaan) 2019 di mana penumpang kanak-kanak perlu ditempatkan di Kerusi Kesalamatan Kanak-Kanak. Jika peraturan itu tidak dipatuhi, pemandu boleh dikompoun tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Baca lagi: “Dia Suruh Fikir Luar Kotak Tu”- Kereta Lelaki Disaman Tapi Tidak Diketahui Punca
Baca lagi: “Kalau Surat Saman Sampai Rumah Jgn Tanya Kenapa Yee”-Ops Tanpa Sentuh Berkuatkuasa
Bagaimanapun, pada fasa perlaksanakan peraturan itu bagi tempoh 6 bulan pertama, JPJ hanya memberikan notis peringatan dan didikan.
Selepas tamat tempoh itu, maka tindakan sebenar akan dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang tersebut.
Netizen menerima dengan baik usaha kerajaan meningkatkan keselamatan penumpang kanak-kanak, tetapi yang masih menjadi perdebatan terutamanya di kalangan ibu bapa adalah, bagaimana sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai anak yang ramai dan memiliki kereta kecil, adalah mustahil untuk menyediakan kerusi keselamatan itu.
Selain itu, beberapa netizen juga meluahkan di mana pihak berkuasa dan undang-undang perlu mengambil endah tentang perkara ini dan tidak kesemua rakyat berkemampuan. Ada juga yang bersetuju mengenai perkara ini kerana ia lebih mengambil berat mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak.
Memang tidak dapat dinafikan car seat memberikan keselamatan yang lebih kepada kanak-kanak, tetapi diharapkan isu ini boleh diselesaikan dengan mengambil kira semua pandangan dan keperluan semua pihak.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA