Home Viral Seminggu Simpan Perasaan Menangis, sekali Azharina Luah Perasaan Sedih Buat Ramai Sebak

Seminggu Simpan Perasaan Menangis, sekali Azharina Luah Perasaan Sedih Buat Ramai Sebak

391
0

Pelantun suara ‘Rawan’ Azharina Azhar dilihat berjaya membawakan lagu ‘Ayah’ nyanyian asal Rinto Harahap dengan baik sekali ketika konsert All Stars Gegar Vaganza, minggu kedua, semalam.

Bukan itu sahaja, para penonton di MBSA dan di rumah turut mengalirkan air mata sebaik sahaja ‘Queen Of Soul’ ini membuka mulut!

Ketika ditemu bual oleh Media setelah selesai konsert, Azharina berkata lagu tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya memandangkan dia dibesarkan oleh dua orang datuknya yang sudah dianggap sebagai bapanya sendiri.

Lebih menyedihkan penyanyi asal dari Sabah itu memberitahu dia turut kehilangan salah seorang datuknya yang meninggal dunia ketika dia baru berusia tujuh tahun.

Disoal mengenai bagaimana boleh kawal emosi ketika melakukan persembahan, Azharina berkata dia sudah menyimpan perasaan tersebut hampir seminggu.

“Saya simpan seminggu perasaan itu. Menangis dan saya cakap seorang diri. Lagu ini berat. Kalau dengar mungkin mudah. Setiap bait lirik, perkataan dan gerak tubuh perlu ada caranya tersendiri. Kehilangan bukan suatu perkara yang mudah. Nak control pitching memang susah sebab sedih…” – Katanya

“Menyanyi untuk diri sendiri senang, menyanyi untuk orang itu susah. Kita kena sampaikan apa yang hendak diberikan dengan baik…” – Katanya lagi

Terdahulu, nyanyian Azharina berjaya menyentuh hati pengacara Nabil Ahmad yang turut tidak dapat menahan air mata kerana terkenangkan Allahyarham bapanya. Juri tetap, Hetty Koes Endang ketika memberi komen pada persembahan Azharina turut menangis dan memuji cara nyanyian yang disampaikan Azharina.

Bukan itu sahaja, Hetty turut mengimbau saat dia tidak dapat bertemu bapanya untuk kali terakhir ketika itu dia menetap di Kuala Lumpur dan sedang hamil anak ketiga.

“Menyanyi untuk diri sendiri memang mudah tetapi kamu berjaya buat penonton dan juri tersentuh hati. Terus terang sewaktu saya hamilkan anak saya, pada malam Jumaat foto ibu bapa saya jatuh…” – Tambahnya

“Saya terus telefon dia dan dia kata dia rindukan saya. Dia mahu saya pulang ke Indonesia tapi ketika saya mahu pulang saya tidak sempat bertemu dengannya kerana dia ‘pergi’ terlebih dahulu…” – Tambahnya lagi

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Patut Dia Yang Keluar, Nyanyi Macam Nak Taknak Je..” – Netizen ‘Kondem’ Nyanyian Aliff Aziz Di Gegarvaganza Minggu Ke-2
Next articlePuteri Sarah Punca Yusof Haslam Tidak Rapat Dengan Ira Kazar? Sekali Ini Komen Yusof Haslam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here