Home Kehidupan “Sedap…Org Segamat Taulah..”-Abang Soya Sedekah Taufufa Pada Mangsa Banjir

“Sedap…Org Segamat Taulah..”-Abang Soya Sedekah Taufufa Pada Mangsa Banjir

113
0

Banjir yang melanda negara kita memberi kesan kepada beberapa negeri yang terlibat. Banjir yang berlaku ini dilihat agak teruk. Asbab dari banjir yang berlaku ini, ramai orang yang mula membantu apa yang termampu buat mangsa-mangsa banjir tersebut. Sebelum ini cerita mengenai abang soya pernah disebut-sebut sebelum ini di mana dia memberikan taufufa secara percuma buat mangsa-mangsa banjir di daerah segamat.

“Abang soya ni mmg selalu bg free tau fa ni setiap hari jumaat kt masjid daerah(segamat) kami”

“Ya. Tu dia sedekah pada mangsa banjir yang sedang cuci rumah…”

Menerusi video yang tular di tiktok daripada orang yang sama juga iaitu @abangsoyaaa dapat dilihat kemuliaan hati yang dilakukan oleh pemilik video tersebut. Dia dikatakan memberi secara percuma taufufa kepada mangsa banjir yang sedang sibuk mengemas rumah. Tindakan dia telah mendapat perhatian netizen dan ramai yang memuji kebaikan tersebut.

“Mulianya hati abang..semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat abg dan dimewahkan rezeki selalu Aamin44x”

Baca juga : “Nampak Happy Je Diorang, Tapi Dalam Hati Hanya Allah Yg Tahu”-Amal Bantu Banjir

Baca juga : Mangsa-Mangsa Banjir Kecewa, Bekalan Makanan Smpai Lambat dan Basi

Lihat video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen dari warganet :

@arif khai : aduh bang…faberet ni banggg….kena pulak time bukak posa…perghhh

@Ewai : Teruskan membantu bang…semoga abg dimurahkan rezeki

@ NOT MY NAME : Aduhaiii . Kalau suami i ni melompat lompat happy dia dapat ni.

@IZZ : teringin nk rasa. padahal ddk segamat je. tapi tak pernah jumpa lagi abg soya

@Qiu : sy doakan abg, semoga senantiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, berjalan dgn lancar, aminnnnnn

Masing-masing mendoakan supaya abang tersebut sentiuasa dimurahkan rezeki asbab dari sikapnya yang suka menolong orang lain.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Seorang Ayah Menangis Setelah Diberi Makanan Percuma”-Dia Janji Akan Bayar Kalau Ada Duit
Next article“Menda Simple, Tapi Sangat Bermakna”-Tengok Cara Lelaki Ni Membantu Orang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here