Home Hiburan “Saya Tidak Pernah Cari Dan Rancang Untuk Kahwini Mereka, Mereka Hadir Dalam...

“Saya Tidak Pernah Cari Dan Rancang Untuk Kahwini Mereka, Mereka Hadir Dalam Hidup Saya..” – Engku Emran

380
0

Heboh di laman sosial apabila Noor Nabila mengumumkan yang dia bercerai dengan Engku Emran setelah 2 tahun perkahwinan.

Engku Emran memuat naik satu posting di Instagram di mana dia meluahkan rasa berbesar hati dipertemukan dengan tiga wanita hebat yang pernah bergelar isterinya.

Menurut Emran, dia juga sering bertanyakan kepada Allah mengapa dia dipertemukan dengan tiga wanita yang hebat dan setiap daripada mereka membawa makna dalam kehidupannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narumkamek)

“Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka, namun mereka hadir ke dalam hidup saya dalam proses kerja dan jatuh cinta.

“Seorang daripada mereka (Erra) berikan seorang cahaya mata. Seorang lagi (Bella) perkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.

“Dan seorang lagi (Nabila), menjadikan saya anak yang lebih baik untuk Mummy. Jadi, itu semua takdir pertemuan kami,” tulisnya.

Hal jodoh dan takdir kita letakkan kepada Allah Swt. Semua ini sudah tertulis dan mungkin ada hikmahnya. Janganlah kita bersangka buruk dan berkata-kata sewenang-wenangnya.

Min doakan moga Engku Emran dan Nabila dapat tabah dengan ujian ini dan teruskan kehidupan masing-masing dengan tenang.

Previous articleDikutuk Hidung Besar dan Muka Berlubang, sekali Respon Liza Hanim Mengejutkan Ramai
Next articleOtai Masih Berbisa, Suara Mirip Arwah A Ramlie..Nyanyian Pakcik Suhaimi Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here