Home Viral Dikutuk Hidung Besar dan Muka Berlubang, sekali Respon Liza Hanim Mengejutkan Ramai

Dikutuk Hidung Besar dan Muka Berlubang, sekali Respon Liza Hanim Mengejutkan Ramai

641
0

Penyanyi Liza Hanim menyelar individu yang mengutuk rupa parasnya menerusi satu hantaran di Instagram selepas dikatakan berkali-kali menerima kutukan yang sama.

Individu itu pada mulanya memuji bakat yang dimiliki Liza Hanim dan suaranya yang sedap namun kemudian menyentuh tentang bentuk hidung dan rupa para penyanyi tersebut.

Tidak berdiam diri, Liza Hanim membuat satu kenyataan balas di hantaran tersebut dan berkata dia perlu bersuara tentang isu yang membabitkan ‘beauty standard’ sebegini.

“Kenapa orang tak cantik memang takleh menang apa-apa ke di Malaysia atau antarabangsa? Tergamak nak bagi komen macam ni, berkali-kali pulak tu, kenapa? Motif?…” – Liza Hanim

Kata peserta hot seat Gegar Vaganza musim terbaru itu, dia bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dan tidak kisah dengan kekurangannya asalkan hidupnya serta keluarga bahagia.

Tambahnya, bahasa dan pertuturan seseorang itu lebih penting daripada rupa paras dan Liza Hanim turut berkata dia langsung tidak goyang dengan kutukan netizen.

“Tapi budaya sekarang agak melampau. Dah 26 tahun dalam industri ini, pelbagai yang akak lalui so benda kutukan mu ni tak goyangkan akak dik….” – Katanya

Kata-kata Liza Hanim itu mendapat sokongan ramai warganet malah ada yang turut mengecam individu di sebalik akaun yang mengutuk penyanyi tersebut. Beberapa rakan artis termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza atau TokTi turut meninggalkan komen dan ‘sekolahkan’ individu berkenaan.

Liza Hanim

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleAda Masalah Rumah Tangga Dan Ingin Bercerai Dengan Shila Amzah? Sekali Ubai Dedah Hal Sebenar
Next article“Saya Tidak Pernah Cari Dan Rancang Untuk Kahwini Mereka, Mereka Hadir Dalam Hidup Saya..” – Engku Emran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here