Home Viral “Saya tak tahulah apa yang dia terasa sangat dengan saya…” – Pelakon...

“Saya tak tahulah apa yang dia terasa sangat dengan saya…” – Pelakon Qistina Raisah ingin bermaafan dengan Puteri Balqis

248
0

Pelakon cilik, Qistina Raisah mendedahkan dia sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah dengan Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish dan bersedia untuk berbaik dengannya.

‘Tak ada masalah dengan Aqish’

Ketika ditemui OhBulan!, Qistina berkata tidak akan mengelak dari berjumpa dengan Aqish selepas ini.

Kata Qistina, 15, dia sangat yakin tidak melakukan sebarang kesilapan terhadap pelakon terbabit.

Saya memang jujur di dalam hati saya memang tiada apa-apa masalah dengan dia, saya tak tahulah apa yang dia terasa dan saya minta maaf dengan apa yang buat dia terasa tu.

Bagi saya, saya memang okay. Kalau jumpa lagi pun saya tak akan mengelak sebab saya tahu saya memang tak ada salah, tak ada nak cakap belakang ke apa sebab memang tak ada (salah).

Tetapi kalau dia taknak jumpa saya terpulang kepada dia lah.

Qistina berkongsi perkara tersebut pada sidang media filem Rahsia yang diadakan di DADI Cinema Pavillion Kuala Lumpur pada petang Rabu.

aqishqistina1

Pelakon filem Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu memaklumkan bahawa dia dan ibunya sudah berusaha untuk mendapatkan respon dan cuba berbaik dengan Aqish namun, tiada sebarang respon diberikan.

Dah, mak saya dah WhatsApp mak dia waktu hari pertama kejadian dia muat naik Instagram story tu.

Mak saya memang dah WhatsApp dia tapi tak balas, tak read apa semua. Kita pun macam alamak sedihnya.

Terdahulu, hantaran dimuat naik Aqish di media sosial menjadi bualan ramai selepas pelakon filem KL Special Force itu dilihat meluahkan perasaan marah, tidak puas hati serta menyindir seorang pelakon.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, ramai yang berpendapat hantaran Aqish itu ditujukan kepada Qistina.

‘Filem Rahsia’

Filem Rahsia pada tahun 1987 merupakan filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7). Bukan itu sahaja, filem yang diarahkan pengarah terkenal, Othman Hafsyam ini juga berjaya membolot tujuh anugerah dalam kategori lain yang dipertandingkan pada ketika.

Legasi Othman dilihat apabila anaknya sendiri, Shamyl Othman mengarahkan versi reboot filem Rahsia ini dengan memberikan nafas baharu di samping mengekalkan penceritaan asal.

Filem Rahsia ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Eman Manan dan ramai lagi.

Lihat apa kata orang ramai:

@taiensam: Takcukup matured nak mntk maaf sbb libatkan mak… Hukhukhuk.

@sashikin22: rasa si puteri balqis pun x kuasa nak layan drama anak beranak ni…dia pulak nak memanjang2kan cerita….alaaahai

@amylaveya: Takpayah heret aqish kot. Dia da ckup depress dgn life dia sblm ni. Kesian dia

@adrianna95: Adoi bdk2 sekolah ni baik belajar pandai2 dr jd artis.bkn selamanya ko femes dan muda!! masalah nya femes ke ?

@saieski: Artis anak sekolah ni suka ulang tayang cerita. Sebab nak terkenal buat lh macam² cerita. Dah² lah dik belajar dulu hingga kemenara gading. Jangan jadi artis yang tiada kualiti asyik cari gaduh je. Melentur buloh biar dari rebong jangan dah jadi rebong nak lentor pun dah keras. Sebagai orang tua kita ajar budak tentang tenang dan sabar. Sabar separuh dari iman. Nak jadi artis iman kena kuat bila dengar gosip jangan cepat melenting. Kawal emosi ya dik , budak² lagi tu. Maaf ni cuma nasihat je demi kebaikan masa hadapan. Semoga jadi artis berwawasan

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleBekas Pramugari Gayat Tempat Tinggi? Gelagat Isteri Fizo Omar Buat Ramai Geli Hati
Next article“Sebijik Suara Dia Macam Arwah Saleem. Terubat Rindu..” – Nyanyian Azmani Iklim Buat Ramai Jatuh Cinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here