Home Viral “Saya Sudah Dianiaya Di Hadapan Khalayak Ramai, Apa Sebenarnya Permainan Dia…” –...

“Saya Sudah Dianiaya Di Hadapan Khalayak Ramai, Apa Sebenarnya Permainan Dia…” – Noh Salleh

153
0

Penyanyi Noh Salleh mengakui rasa terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina, menarik balik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Muhammad Noh Salleh, 39, menyatakan bahawa beliau hanya mahukan kebenaran kerana beliau telah mendakwa bahawa dirinya sudah dianiaya.

Selain itu, Noh menolak dakwaan bahawa dia telah menculik Musa pada 19 Disember lalu.

“Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim…” – Noh Salleh

“Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran. Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang…” – Katanya

Noh menyampaikan kenyataan tersebut selepas selesai prosiding Sulh untuk hak penjagaan Musa di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, pada hari Isnin.

Sementara itu, vokalis kumpulan Hujan tersebut tidak mengetahui punca sebenar bekas isterinya menarik semula kes tersebut.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa…” – Tambahnya

“Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik…” – Tambahnya lagi

“Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang…” – Jelasnya

“Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa…” – Jelasnya lagi

Sebelum ini, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa, tanpa kebenaran dan pengetahuannya. Menurut Nina, kejadian tersebut berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dia sedang dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun, atas urusan kerja.

Walau bagaimanapun, Noh memberikan kenyataan dalam program Melodi yang menyatakan bahawa tidak ada unsur penculikan seperti yang didakwa. Malah, Noh mengklaim bahawa beliau telah mendapatkan kebenaran dari ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak tersebut.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Erra Tu Dah pernah Hidup Dengan Yusry, Memang Tersangat Kenal…” – Tekaan Erra Fazira Dalam The Masked Singer Raih Tumpuan Ramai
Next article“Saya Dianiaya, Apa Permainan Dia?..” – Noh Salleh Terkejut Mizz Nina Tarik Balik Kes Penjagaan Anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here