Home Viral “Saya Mahu Buat Ibadat Macam Orang Cakap…” – Datuk Aishah

“Saya Mahu Buat Ibadat Macam Orang Cakap…” – Datuk Aishah

189
0

Datuk Aishah, penyanyi veteran, menyatakan bahawa demi menjaga kesihatan mentalnya, dia tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana sudah penat menerima kritikan dari netizen.

Menerusi laporan BH Online, Aishah menyatakan bahawa dia ingin memberi fokus kepada ibadah dan hanya akan memenuhi undangan nyanyian sahaja.

“Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadat, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kecaman yang diberi, seolah-olah beransur tua ini adalah perkara berdosa…” – Katanya

“Kita tiada lagi hormat kepada orang yang berusia daripada kita. Bagi saya, saya hendak lawan satu-satu pun penat. Saya sudah sampai tahap, kalau dalam keadaan toksik, saya buang toksik itu. Saya mahu tenang. Sekarang media sosial ada kebaikan dan keburukan…” – Katanya lagi

“Kebaikannya, kita dapat berhubung secara terus. Namun, keburukannya, ia memberi hak kepada manusia untuk kata apa saja hingga hilang adab dan sebagainya…” – Jelasnya

Tambah Aishah, dia meletakkan status privasi kepada akaun media sosialnya bagi menyekat netizen yang mempunyai pemikiran negatif.

Lihat Posting di bawah:
IMG 4444

Sumber: BH

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Itu Rezeki Dia Taat Pada Suami…” – PU Riz Bangga Neelofa Menjadi Duta Hamilton
Next article“Ibu Saya Banyak Berubah Selepas Ayah Meninggal, Dia Yang Banyak Sokong Saya Menyanyi..” – Aina Abdul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here