Home Viral “Saya Dah Sampai Tahap Saya Bernafas Pun Orang Tak Suka…” – Syada...

“Saya Dah Sampai Tahap Saya Bernafas Pun Orang Tak Suka…” – Syada Amzah

339
0

Penyanyi Syada Amzah mengungkapkan bahawa dia memilih untuk bersikap lapang dada ketika video nyanyian lagu “Kalam Eneih” menjadi viral dan mendapat pelbagai respon negatif dari netizen. Syada, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, menyatakan bahawa banyak netizen menggunakan video tersebut sebagai saluran untuk melepaskan amarah terkait masalah yang melibatkan keluarganya sebelum ini.

“Saya rasa mungkin isu lama saya, mereka masih lagi terasa hati, jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu. Kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya…” – Syada Amzah

Syada, yang dijumpai oleh media pada hari Ahad yang lepas, juga menghargai setiap komen dan berasa bangga dengan pencapaian sebagai seorang penyanyi.

“Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa. Kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya. Lagu tamil dan arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hari tapi bagi saya ia satu pujian…” – Katanya

Syada mengakui bahawa masih terdapat banyak orang yang tidak senang dengan dirinya, sehingga setiap tindakannya dianggap salah di mata netizen.

“Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi sebenarnya saya orang yang mudah buat kawan…” – Katanya lagi

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Hady Mirza Paling Konsisten Dari Awal Sampai Akhir, Selayaknya Naib Juara..” – Netizen
Next article“Saya Merasakan Sudah Tiba Masa Untuk Saya Berhenti Menyanyi..” – Liza Hanim Kecewa Bakat Tidak Dihargai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here