Home Hiburan “Saya dah penat dah tanggung biawak hidup…” – Fatin Afeefa mahu dibiayai...

“Saya dah penat dah tanggung biawak hidup…” – Fatin Afeefa mahu dibiayai suami pula

174
0

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa seakan memberi bayangan mengenai kehidupan lalunya bersama seseorang dimana dia telah banyak berkorban dalam menanggung kehidupan keluarganya.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan pelakon yang berusia 28 tahun itu sedang membuat siaran secara langsung bersama para pengikutnya di aplikasi tersebut. alam video yang berdurasi pendek itu, Fatin Afeefa seakan meluahkan perasaan dengan mendedahkan dia sudah penat menanggung ‘biawak hidup’ pada suatu ketika dahulu. Bagi pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu, dia mahu suaminya yang baru sahaja berkahwin pada Disember lalu menguruskan segala keperluannya sebagai seorang isteri.

Saya dah penat lah tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.

Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang.

Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang faham lah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik je,” ujarnya.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@Rashidah I Lepak Hartanah: kita pompan nak di nafkahi bukan kita yg penat bg nafkah

@Faiza: selamber dia biawakkan laki dia ahhaahhaah

@gula2: miss cantik kalau suami tak kaya takpe janji boleh jaga kita n setia

@thun theja: sekarang ni saya nak biawak ni yang bela saya. hahahaa…. i loike

@kakyongiena: yg penah tanggung biawak hidup je Tau mcm mne rasenye…..

@Jden: siapa biawaknya blom tahu dan tentu lagi,
semuanya dah tertulis dan tersirat,
mudahan semuanya baik baik belaka…

@aida jasmine 08: dia biawakkan laki dia gitu je

@Petaiyo252: bg aku biar la dia nak serve laki dia amikkan mkn ke isi minyak ke ape janji laki bg duit mkn pakai cukup dari kita plak yg kena bela bg dia duit

Sumber: Tiktok

Previous articleRider Terima Duit Hampir Rm30,000 Hanya Bersikap Jujur Dgn Pelanggan
Next article“Macho Betul Alif Satar Ni, Persembahan Dia Simple Je Tapi Ada ‘Class’..” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here