Home Kehidupan Rider Terima Duit Hampir Rm30,000 Hanya Bersikap Jujur Dgn Pelanggan

Rider Terima Duit Hampir Rm30,000 Hanya Bersikap Jujur Dgn Pelanggan

127
0

Dalam mana-mana pekerjaan di dunia ini, sikap kejujuran dan keikhlasan adalah sangat penting bagi seorang pekerja dan majikan mereka. Selalu dengar orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Namun, berkatkah rezeki kita andai ianya diterima melalui proses yang penuh penipuan, tidak jujur dan melibatkan sesuatu kerja yang melanggar undang-undang?

Kisah ini berlaku pada tahun 2020 mengenai seorang penunggang motosikal yang berkerja sebagau Gojek di Indonesia yang telah mendapat satu rezeki yang tidak diduga kerana melakukan tugasnya dengan jujur meskipun terdapat ‘godaan’ wang yang banyak.

Ceritanya bermula apabila runner Gojek ini baru sahaja keluar dari sebuah masjid selepas solat, datang seorang lelaki yang menghampiri dan menyatakan hasrat mahu menggunakan khidmatnya untuk menghantar duit untuk anaknya.

Baca lagi: Akibat Bersembang Di Tepi Jalan, Rider Terima Padah

Baca lagi: “Beli Mcd Sampai 13K” – Rider Mcd Jadi Bingung

sinetronmalaya.com Rider Terima Duit Hampir Rm30000 Hanya Bersikap Jujur Dgn Pelanggan vvv

Jumlah duit yang mahu dihantar itu sebanyak 100 juta rupiah persamaan lebih kurang Rm29,500. Namun meskipun teragak-agak, runner Gojek itupun bersetuju untuk melakukan tigas yang diberikan kepadanya dan berjaya melakukannya dengan lancar tanpa apa-apa masalah.

Dalam pertemuan mereka yang seterusnya, pelanggannya itu pun berterus terang kepada beliau. Tapi kemudian pelanggan itu menyerahkan kunci kepadanya hingga membuatkan bingung dan tertanya-tanya.

Alangkah terkejutnya runner Gojek itu apabila mengetahui kunci yang diberikan kepadanya adalah kunci sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran dan dihadiahkan kepadanya oleh lelaki tersebut. Air mata mengalir dari runner Gojek tersebut dan dia terus bersujud syukur atas rezekinya. Motosikal itu dihadiahkan oleh Youtuber HasanJr11 sebagai ganjaran buatnya yang jujur dan ikhlas ketika melakukan tugas.

Video klip ini juga telah membuatkan orang ramai terharu dan gembira dengan rezeki yang diperoleh runner Gojek berkenaan. Menjadi perhatian apabila reaksi dia ketika diminta hantar duit, sempat lagi bertanya sama ada duit itu halal atau tidak.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Ingatkan Tetamu Ketuk Pintu” -Lelaki Ini Terkejut Lihat Ular Tedung Selar ‘Berdiri’ Dihdpn Pintu Rumah
Next article“Saya dah penat dah tanggung biawak hidup…” – Fatin Afeefa mahu dibiayai suami pula
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here