Home Viral “Sampai Harini Saya Tak Pernah Maafkan Aiman, Bayangkan Sudah Sembilan Tahun…” –...

“Sampai Harini Saya Tak Pernah Maafkan Aiman, Bayangkan Sudah Sembilan Tahun…” – Fathia Latiff

319
0

Pelakon Fathia Latiff mengungkapkan bahawa provokasi daripada netizen adalah penyebab tindakan beliau sejak awal minggu lalu. Berbual dengan BH Online, Fathia menyatakan bahawa dia sudah lama melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang hubungan cintanya sudah terlerai sejak 2015.

“Saya dah lama lupakan Aiman, namun provokasi netizen jadi punca saya betul-betul meletup bila teringat semula pengkhianatan dilakukan…” – Fathia

“Perasaan geram dan bengang silih berganti terjah fikiran. Ya, saya hidup dalam dendam terhadap Aiman yang tak pernah berpenghujung…” – Katanya

Namun, menurut Fathia, perasaan dendam terhadap Aiman tidak pernah surut kerana beliau pernah mempermainkan hati dan perasaannya.

“Saya saja nak usik-usik manja. Saya tak berniat nak kacau rumah tangga Aiman dan Zahirah MacWilson, Saya sengaja nak sakiti dan kacau Aiman. Saya percaya jika Aiman dan Zahirah saling cinta kenapa nak ‘triggered’ dengan hantaran saya dalam Instagram…” – Katanya lagi

“Saya berani letak gambar lama sebab saya sudah ‘move on’ dan langsung tiada perasaan terhadap Aiman…” – Jelasnya

“Cuma, perasaan dendam terhadap Aiman tak pernah surut disebabkan mempermainkan hati dan perasaan saya. Itu sahaja punca saya mendendaminya. Ia juga bukanlah sebab tak puas hati Aiman pilih berkahwin dengan Zahirah…” – Jelasnya lagi

Bintang jelita yang pernah mencetuskan fenomena melalui drama Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa itu menyatakan, Aiman juga menjadi punca bagi menghadapi depresi dan isu kesihatan mental.

“Hanya saya sahaja tahu apa yang dilalui bersama Aiman dulu. Hati saya banyak terluka selama lima tahun bersamanya. Sampai hari ini saya tak pernah maafkan Aiman. Bayangkan sudah sembilan tahun berlalu, namun saya masih hidup dalam kesakitan. Mungkin sampai tutup mata pun saya terus sakit…” – Tambahnya

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Patutlah Neelofa Jatuh Cintaa..” – PU Riz ‘Payung’ Bacaan Alquran, Suara Merdu Buat Ramai Terpegun
Next article“Hanya Tuhan Saja Yang Mengetahui Betapa Hancurnya Hati Saya…” – Noh Serah Musa Kepada Mizz Nina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here