Home Viral “Sampai Botak Kepala Abang Tu Stress Jadi Orang Tengah…” – Kedudukan Anna...

“Sampai Botak Kepala Abang Tu Stress Jadi Orang Tengah…” – Kedudukan Anna Jobling dan Meerqeen Raih Tumpuan Ramai

196
0

Seperti yang dijangkakan, pelakon Anna Jobling diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23) selepas meraih 1.5 juta undian daripada peminat.

Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, pemilik nama itu, mengaku terharu mendapat kepercayaan ramai sehingga layak membawa pulang trofi utama.

Pada acara yang sama, bintang drama “Melur Untuk Firdaus” itu juga membawa pulang dua lagi kemenangan, iaitu Selebriti Digital Tergempak dan Anugerah Drama Rambut Paling Ump yang merupakan hadiah khas daripada penaja.

Kejayaan bertambah apabila sambungan drama “Melur Untuk Firdaus” bersama Meerqeen, iaitu “Melur Untuk Firdaus 2”, berjaya mengulangi kemenangan tahun lalu sebagai Drama Tergempak, menyambung kejayaan dalam kategori yang sama tahun ini.

Edisi kedua pengiktirafan yang memaparkan pencipta kandungan digital termasuk selebriti itu mempertandingkan sembilan kategori dengan kemenangan ditentukan oleh undian 100 peratus.

Namun begitu, kedudukan Anna Jobling serta Meerqeen raih tumpuan ramai semasa berada di GMWA23 apabila kedua-dua pelakon tersebut duduk sebaris antara satu sama lain.

Lihat posting di bawah:

@astrogempak #GempakLive: POV apa yang sesuai ya? Hehe 😌. Anyways, lovee Meerqeen, Anna & Amir Ahnaf malam ni 🥰🥰 Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2023? Saksikan siaran langsung karpet merah, Live + eksklusif di Youtube, Facebook dan TikTok Astro Gempak! 🏆 Gempak Most Wanted Awards 2023 🗓️ 25 Februari 2023 ⏰ 830 malam 🔊 Astro Ria, gempak.com, Facebook, YouTube & TikTok Gempak #GMWA2023 #GMWAwards2023 #GempakMostWanted #GempakMostWantedAwards #GempakMostWantedAwards2023 #TerpalingTrending ♬ original sound – Gempak

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Sebijik Macam Tokti..” – Nyanyian Lagu Wajah Kekasih Raih Perhatian Ramai
Next article“Munafik Bertopengkan Kopiah, Ramai Je Jumpa Orang Macam Ni…” – Baby Shima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here